April 1, 2014

Oriental Village, Perdana Quay dan Pantai Kok

Assalamualaikum...

Bersua kembali...belum habis cite Langkawi...jom layan...
Pagi Jumaat sekitar jam 9am kami memulakan penerokaan Pulau Langkawi...ecehh...penerokaan la sangat. Pepagi buta di hari minggu tu, kami buat kerja giler naik Gunung Raya...mau tak seriau sepanjang perjalanan, ada yang meremang bulu tengkuk...ikut keras hati nak naik jugak, walaupun pada mulanya di KM7, dah suruh adik berpatah balik tapi alang2 biar sampai atas, kata minah ni...
Jalan yang sunyi sepanjang mendaki ke atas.

Perjalanan naik sebijik kereta dan manusia pun takde...so just imagine, anything happen at ur own risk...namun syukur tiada kejadian yang tidak diingini...kami stop kat Tangga Seribu Kenangan tu tapi tak ambik gambar...cepat2 jer nak turun...malam tu tak dapat tidur dengan nyenyak, siap mengigau lagi...jam 3.30pagi.
Perjalanan turun rasa cepat pulak, terus pecut ke Oriental Village. Parking kereta dan masuk ke salah sebuah gerai di situ untuk breakfast....layan roti canai dengan teh tarik....nyaman...
Jalan2 kat sini, tengok itu tengok ini, kami tak naik pun cable car tu...kami ber3 species gayat, mok aje yang berani...kami takut2 berani....mok pernah naik masa 1st datang Langkawi dulu. tapi kami ni...haishhh...biaq p la depa kata tak lengkap p langkawi kalau tak naik benda alah tu....ada kami kesah...janji kami ni kesian kat jantung kami ni, tak pasai2 kena kerja lebih kuat...dup dap dup dap...hahaha...

Gamba ni from google. Lupa nak stop ambik gambar kat sini.
 Singgah sini tengok bot2 mewah. Tengok aje ler...nak naik tak mampu ape lagi nak beli...
Perdana Quay @ Burau Bay..Langkawi

Dari Perdana Quay tu, belok ke kiri untuk ke Pantai Kok. Tempat di mana adanya rumah api Pantai Kok dan tempat laluan darat dan terus masuk ke laut, Duck Tours ni...masa tengah lepak2 ni, ada pulak sekor duck ni lalu dan terus berenang ke dalam laut.
Duck tours ni bermula dari Oriental Village dan terus menjunam masuk ke laut Pantai Kok ni. Fees RM38 untuk dewasa. Kami servey2 jer, nak naik kurang berminat la pulak.
 Rumah api Pantai Kok.




 

Tenang dan damai jer kat sini. Kami berempat jer lepak2 kat pondok tu...ada sekumpulan anak2 nelayan tengah bermain laut dan sampan kat sini tapi depa tak peduli hal orang. Riang bermain tanpa masalah...seronok dan amannya bumi Langkawi.
 
Pas lepak sini, kami sambung berjalan lagi...kemana lak yer...
 

No comments:

Featured Post

Surabaya - 1 - 4 Sept 2017

Assalamualaikum... Alhamdulillah, satu daripada impian dan angan2 sudah tercapai. Terima kasih Allah kerana mengizinkan kami menjejakka...