April 4, 2014

Destinasi wajib sokmo...

Assalamualaikum...
 
Alhamdulillah...hari Jumaat pertama di bulan April, Jumaat Penghulu segala hari...hari yang penuh berkah dan rahmat harapannya. Hari yang paling best pasai esok tak gheja...
 
Sabtu 22hb, kami balik Ganu lagi...kg halaman tetap menjadi pujaan. Walaupun umah sendiri di Kota, Desa jugak segalanya...Short vacation selama 3 hari sahaja, pulang perantau atas urusan penting adik beradik. Seramai 8 orang adik beradik (diperantauan 5 orang) bertemu di desa tercinta...chewwahhh....alhamdulillah....biasa berkumpul di hari raya, kali ni di hari 'penting' ini pula...
 Sunrise di LPT. Gerak seawal 4.30 pagi untuk kejar 'majlis' lepas zohor.


 Subhanallah..
dah kebetulan anak2 balik, mok mengajak teman dia ke kenduri kawen anak sepupu. Si comei kat atas tu tengah makan dessert. Nana suka bubur ni...hehe
 Gambar wajib...ohh my hometown...
 Buah pauh tengah berputik...tengok da kecur liur...
 Angan2 minah jenin suatu hari untuk kumiliki rumah sebegitu di tanah ini...insyaAllah....aminn...
Lepas Zohor ke Kuala Terengganu, bukan ke Kepong, KL. Tapi ke daerah Serada di KT...jangan cari Masjid itu di Kepong, KL yer...konvoi 4 biji kereta, dengan membawa 1 hajat. Semoga Allah permudahkan untuk urusan2 seterusnya...aminn...
Usai majlis, ke Pantai Teluk Ketapang untuk ICT (ikan celup tepung) yang best2...namun sedikit kecewa kerana kedai yang nak dituju penuh dengan ummah. Hari Sabtu, cuti sekolah lagi...
 No choice terpaksa ke kedai yang tak berapa ramai orang ini....
 Sotong ni sepinggan rm6 untuk seekor sotong jer rasanya...yang lain penuh dengan serdak tu jer....
Ikan ni rm5 seekor...total makan di sini, RM180plus....no wonder tak ramai pelanggan di kedai ini....pada mereka yang nak ke sini, hati2 memilih kedai, survey jugak kedai yang harga berpatutan dan sedap.
Gerak balik Dungun menjelang maghrib...singgah sini untuk tunaikan kewajipan....Masjid terapung, Kuala Ibai..

Must eat in Ganu...
 Alamak gambar terbalik....sata...freshhhh....yummy...
Lokasi - Pasar Besar Dungun...pakcik bermotor ni start meniaga pukul 10 sehingga stok masih ada. Sekali makan mesti nak lagi...
Lompat tikam...paling syahdu makan ni....sedapnyaaaa.....dengan lemaknya, dengan bau daun pandannya....ermmm...sehingga menjilat sudu...soal manis tolak tepi jap...tapi sebekas tu share 2 orang....

Ganuku....Negeri cantik, Budaya Menarik, orang baik-baik...

****** Welkang to Ganu******


3 comments:

Dede Ruslan said...

view sunset sangat cantik :)

SH said...

TQ...tapi sunrise tu..

Hartini Omar said...

Satar itu.. oh.. kalaulah mampu diadakan di tanah saya berdiri ini..

salam singgah ;) blog dan penulisan yg baik

Featured Post

Manggo chilled cheese cake

Assalamualaikum Tak tertahan godaan untuk menikmati manggo cheese cake ni. Terbayang2 di mata tak kala terpandang pada dinding FB seseo...