April 22, 2013

Jelajah Utara - Penang yang pening

Assalamualaikum w.r.t

Alhamdulillah...sambungan perjalanan ke Utara kali ini membawa anda ke Negeri Pulau Mutiara iaitu Penang atau Pulau Pinang. Penang yang sangat best walaupun hangin jer bila berada di jalanraya di negeri ini. Jangan terkejut kalau ada pemandu yang tiba-tiba menukar lorong tanpa signal dan membuatkan anda membrek secara mengejut, jangan terkejut kalau di lampu isyarat, ada yang tiba2 masuk lorong anda kerana tidak mahu 'Q' dan banyak lagi kejutan-kejutan di jalanraya yang tak perlu diceritakan di sini. Orang lain tak tahu la yer...ini  base on my experience. Driver-driver di Penang memang gempak...namun syukur alhamdulillah, sepanjang pemanduan sejauh kurang lebih 1000km, KD-Kulim, Kulim Alor Setar-Alor Setar Kulim, Kulim Butterworth, Butterworth Georgetown, Geogetown Kuala Sepetang, Kuala Sepetang KD. Syukur Allah berikan kesihatan dan kekuatan untuk 'drive' sorang diri, juga merahmati per'musafir'an kami...syukur sangat...

Penang...here we come again. Hajat hati banyak tempat nak gi di Penang ni tapi sayang tak semua tempat dapat dicover kerana MR GAMIN yang merajuk sepanjang di Penang. Tak tahu ape masalah Mr Gamin ni, masuk Penang jer terus pening...
MR Gamin pening, kami yang merasa sakitnya...cubit paha kanan, paha kiri pun terasa sakit..terpaksa la menggunakan kudrat dan penglihatan yang dah rabun dekat ni mencari jalan berpandukan sign board semata. Tak ke haru biru jadinya. Nasib baik ada juru pandu arah di sebelah yang setia, kalau tak entah sampai ke Balik Pulau mencari Naza Talyya...hahaha....malu bertanya sesat jalan dan mengenangkan diri yang dah jauh tersasar dari landasan, terpaksa la berhenti dan bermanis muka manisnya senyumanmu bertanya arah kepada warga Penang yang pakar....2 thumbs up untuk penunjuk arah yang memang efficient, guide sekali jer dah ketemu apa yang dicari...

Syukur dapat kami menikmati pemandangan yang indah ini dari balkoni bilik kami. Cantikkk...suka sangat, berbaloi sesat mencari dapat seaview ni....walaupun agak menghampakan bilik yang agak panas, aircond kurang larat nak bekerja lagaknya...berpeluh ketiak jugak dibuatnya. Siceria 611 rimas jer, cam serba tak kena dia, sambil ke hulur ke hilir menggendong remote control tv, takut ada tangan gatal lain yang akan menukar channel kegemaran dia tu....awas...awas...hahaha...
 View dari swimming pool.
 Ini lah Naza Talyya, Jalan Tanjung Tokong, Penang..
 Dongak ke atas sikit. 
Time to round Penang. Dah check in, rehat-rehat luruskan kaki jap, ini lah masa untuk mengisi perut yang dah berkeroncong untuk Ana.  Dalam hati tu kalau boleh nak belasah semua makanan di Penang ni tapi nafsu  aje lah yang berfikiran begitu, hati tu sama sekali tidak akan berbuat demikian. Percayalah...dan kalau ke Penang ni tak sah la kalau tak mengulang ke Padang Kota ni....Hari minggu, ramainya warga Penang berlepaking di sini. Penuh sesak...rezeki kami mendapat parking dengan mudahnya di depan padang tu....penuh dengan umat lepak kat Fort Cornwallis tu membuatkan kami malas nak ke situ. Terus ke Medan Selera dan tapau makanan. 
Gani Pasembor. Ni suatu kemestian bila ke sini. Kali ni kena laburkan rm19 untuk pasemboq dia yang meletop itew.
 Suasana pada masa itu. Angin sepoi-sepoi bahasa, nyaman sekali dari lautan lepas...*ayat standard**
Coconut shake yang shake a boom boom. Hahaha....memang sedap, manis giler, kalau minum selalu boleh potong kaki oooo....dan nasi goreng udang di kedai sebelah tu...nasinya yang dah siap digoreng dan diletak di dalam termos. Udang 3 ekor yang dimasak tak sampai 5 minit, harganya rm8 untuk sebekas. Wallaweihhh.....telan ayaq liur jap....
Keesokan paginya, lepas menikmati sarapan yang pelbagai di hotel, kami pun check out untuk agenda seterusnya pada hari itu. Untunglah dapat customer cam kami ni kan....pukul 8 dah check out. Takde la membazir elektrik dan air. ;) housekeeping pun boleh dibuat dengan tenang, Tkde la rushing...complain kat kaunter pasal aircond yang tak berapa sejuk, dia jawab semua orang complain benda yang sama. so no action taken mehh?...kalau dah semua complain benda yang sama. Taknak business kott... ermmm....untuk repeat hotel ni pada masa akan datang akan difikirkan 2 kali.  

Batu Feringghi yang tenang di pagi hari. Sape la nak datang sini pepagi kan...dah sah2 time ni semua orang Penang duk rushing nak g kerojer...kami jer la singgah sat snap-snap foto, ambik angin pagi yang segar. 
Mai sini teringat sat kat Tsunami dulu tu, begitu lah ketentuan Allah yang tidak terjangkau oleh akal fikiran manusia kadang-kadang. Laut yang tenang, boleh menjadi ganas dalam sekelip mata. Alfatihah buat mereka yang pergi kerana Tsunami di sini. 
Kami ke sini pulak, masjid terapung Jalan Tanjung Bungah. Inilah landmark Penang yang jangan dilepaskan untuk dikunjungi. Selain daripada melawat rumah Allah yang tersergam indah ini. Waktu ni air laut surut so tak dapatlah tengok masjid tu terapung di dalam air. 

Ini gambar penuh (taken from google) kerana kami tak dapatlah nak snap penuh camni kan...dalam gambar ni masa air laut tengah pasang. So nampak la masjid tu betul2 floating di dalam air. Subhanallah, cantiknya...

Ini view dari dalam masjid. Air tenang jer...sampan kolek terbuai-buai dihempas ombak. Para nelayan ada yang masih belum turun ke laut lepas. 
 Dalam masjid.

Time to round bandar lak...kalau ke Penang, harus ke sini yer..pasar Chowrasta yang menjadi tumpuan pengemar-pengemar jeruk tapi kami tak memborong jeruk di sini. Jeruk sudah siap diborong di Butterworth semalam. Jeruk Mak Ndak yang dah jadi favourite kami tapi bonda pulak masih nak menambah koleksi jeruknya so kami singgah di kedai di bawah ni...jeruk Nasir. Kedai dia betul2 berhadapan dengan Mydin.

Boleh rasa sebelum beli. Kalau suka beli la, tak suka tak paksa dan Encik Nasir akan halalkan ape yang anda rasa itu. Kita bagi peluang si ceria 611 ni rasa yer....Nampak tak dia makan dengan sedapnya...so sedap la tu....


 Bermacam jeruk pelbagai warna. Pilih jangan tak pilih.
 Kedondong, 1 of my favourite...ermmm...menjejeh air liur...
 Ni dagangan di dalam pasar. Tak beli ape, sekadar jadi pemerhati.
Komtar view dari IPK Penang. Cuaca cerah, panas membahang walaupun baru pukul 11am.  Penat berjalan masa untuk memandu pulang ke PJ. Destinasi seterusnya nak menyinggah lagi. Bersambung nanti, in shaa Allah...Penang..panjang umur, murah rezeki , kami akan datang lagi, masih banyak lagi tempat yang belum diterokai. Hajat nak ke Balik Papan Pulau masih belum terlaksana. Bukit Bendera memang takde dalam agenda, kerana semua yang datang kali ni kecut perut dan gayat-gayat belaka. Haha...love u mok and my sis Jac...my lovely niece, Nana....lenkali kita mai sini lagi naaa...(baca dlm loghat Penang)..


No comments:

Featured Post

Surabaya - Day 2 - Bromo Tengger Semeru

Assalamualaikum - sambungan kisah permusafiran kami dari Surabaya ke Bromo. Alhamdulillah...selamat sampai ke Probolinggo pada jam 2 pa...