April 3, 2013

Marble Cheese Brownies

Assalamualaikum w.r.t

Lamanya tak membaking....seriously...dah lama tak ade orang order amik order kek....hehehe....cam give up nak ambik order, harga barang-barang baking banyak yang dah naik....pada mereka yang membaking akan tahu dan aware akan harga barang2 yang naik. Dan untuk menaikkan harga sebijik kek bukan suatu yang senang. Customer tak akan faham, nanti macam2 komplain. Mereka sanggup membeli, (hak masing2 tak dinafikan) seslice SR kek dengan harga lebih RM6 tapi tak sanggup nak tambah rm6 untuk harga sebijik kek...contoh...contoh yer...kerana situasi yang agak payah ni, maka terpaksa stopkan dulu bisnes kek sehingga suatu saat mood tu datang kembali. "selamat aku, sorang bakers dah tutup kedai" hahahaha


Marble cheese brownies untuk santapan anak kucing tekak sendiri tapi takde la nak dibelasah semua tu. Rasa boring dan kepingin nak panaskan badan oven. Sesapa nak resepi boleh aje...resepi ni special dari Dungun, Terengganu, so pls bare with me Ganu dialek tu yer... TQ kepada empunya resepi yer...



RESEPI BROWNIE MARBLE CHEESE CAKEYANG LAZAT DAN ENAK..EMMMMMMM YAMIEEEEE YAMIEEEETO!!!

BAHAN2 (Lapisan Brownie)
150 gram coklat
60 gm butter
60 gm gula perang
2 biji telor
1 sudu kecil esen vanilla
50 gm tepung (blue key – tepung kek)
1 pek kacang cashewnuts tong GARDEN (hok kecik jer..)
1 kotak kismis LEGO (hok kecek jer)

BAHAN2 (lapisan cheese)
400 gm cream cheese
100 gm gula
2 biji telor
200 gm yougurt asli
1 sudu besar tepung jagung

BAHAN2 Toping
1 sudu kecik serbuk koko
2 sudu kecik air

KAEDAH2
1.Lapik Loyang (kut panda mg ar size menda) dgn aluminium foil.Panaskan oven 180c.

2.Untuk buat lapisan brownie (PERHATIAN!!!!!KACAU DENGAN SENDUK,)
 - cairkan coklat dan butter secara double boil.
 - setelah cair angkat dan campur dengan gula perang.
- kacau sehingga gula perang hampir cair.
- masukkan telor dan esen vanilla.kacau sehingga sebati.
- kemudian masukkan tepung, gajus dan kismis.kacau sehingga sebati.
- masukkan ke dalam Loyang tadi.
- bakar selama 20 minit.setelah masak sejukkan.

3.Untuk buat lapisan cheese (GUNAKAN MIXER)
- Pukul cream cheese dan gula sehingga lembut.
- kemudian masukkan telor 1 per 1.pukul sehingga kembang  dan sebati.
- kemudian masukkan yougurt dan tepung jagung.pukul sehingga sebati.
- asingkan satu sudu besar adunan cheese selebihnya tuangkan ke dalam lapisan brownies tadi.

4.Untuk buat toping.
- campurkan bahan2 toping dengan satu sudu besar adunan cheese yang telah diasingkan tadi.
-gaul sebati.
-corakkan sesuka hati diatas adunan tadi.
-sedia untuk dibakar selama 30 minit. Suhu 180c.

Setelah masak sejukkan kemudian simpan dalam peti ais.. selamat mencuba!!!
Jgn lupa hulur2 kat I ckit yer. 


No comments:

Featured Post

Surabaya - Day 2 - Bromo Tengger Semeru

Assalamualaikum - sambungan kisah permusafiran kami dari Surabaya ke Bromo. Alhamdulillah...selamat sampai ke Probolinggo pada jam 2 pa...