April 10, 2013

Dari Dengkil sampailah ke Banting

Assalamualaikum w.r.t

Perjalanan melawat wira tersayang di Kem PLKN Paya Indah, Dengki Dengkil...macam mana Dengkil mendapat namanya? Itu kena bukak buku sejarah Dengkil la...jangan banyak tanya...hehe...lawatan sambil belajar sebanyak 3 buah kereta, dah cam rombongan meminang nih...hehe...Seronok bergather bersama adik beradik, ipar, anak saudara dan juga bakal adik ipar...in shaa Allah....

Pertama kali masuk daerah Dengkil ni, selama ni dengar nama jer.
Driver of the day, aku kat sebelah jadi mem...lama tak merasa nikmat menjadi penumpang. Asyik jadi driver jer....bila dah jadi penumpang ni, luas la sikit pemandangan tu...pandang sana, pandang sini, pulau pandang jauh ke tengah....
Sebelum masuk jumpa wira atau wirawati, ahli keluarga kena register dulu kat kaunter. Bagi mykad baru dapat pas ni, dan baru lah di'paging' anak kita tu. Baru seminggu kat kem dah lain pulak rupa anak bujang aku nih, dengan kepala botaknya...dah cam pelakun botak juvana lak..kulit pun dah gelap....
Inilah barisan kita. Yang ikhlas melawat anak bujangku pada hari itu...thanks a lot my dear adik beradik yang sporting giler....meriah sakan menjamu selera nasi dengan lauk yang simple tapi sedap...hehe...puji masakan sendiri, sandwich telur, karipap, nugget, tak lupa coklat dan kacang dari Langkawi, dan juga siap potong buah mangga cicah colek lagi...haha.... 
Kalau ke Kem ni tak sah kalau tak ke sini, Paya Indah Wetlands. Jalan2 cuci mata, sedut udara segar, angin sepoi2 bahasa...nyaman sekali...lepaking...boraking...tengok crocodile bujang senang  yang dah cam kayu dalam paya tu.....tengok totis, landak...haha....macam national geographic la lebih kurang....
Hero of the day....keletah dan senyuman yang menawan sesiapa saje yang memandang....gitew..dah cam pelatih PLKN yang paling kecik...pasai kepala botak...hehe

Sign board kat Simpang masuk dari Dengkil. Dari sini terus masuk kanan, teruskan perjalanan ke Banting. Misi untuk memanjat Bukit Jugra dan tengok aktiviti paragliding atau paralayang....
Dah sampai kita. Perjalanan naik ke sini agak mencabar juga. Cam nak naik Cameron pun ade, jalan berliku dan curam dan tak ade penghadang jalan lak tu. Silap haribulan kalau terbabas terus jatuh ke bawah. Nauzubillah...semasa tengah suspen memanjat bukit ni, terhidang pulak di depan mata Jirat Cina....hahaha...terkesima kejap....dah la suspen memanjat cenuram, jumpa pulak yang tak sepatutnya...kusss semangat....
Rumah api Bukit Jugra. (Copy info dari Wikipedia)

Rumah Api Bukit Jugra terletak di Bukit Jugra, Jugra, muara Sungai Langat, Kuala Langat, Selangor, Malaysia. Koordinatnya ialah pada latitud 02° 50.1' Utara dan longitud 101° 25.1' Timur. Rumah api ini dibina oleh Jabatan Marin Malaysia pada 1976 bagi mengawal dan membantu pelayaran dan pergerakan kapal dagang dan nelayan yang melalui Selat Melaka terutama yang akan berlabuh di Pelabuhan Klang.
Rumah api ini dibina berbentuk menara batu konkrit setinggi 146 meter pada permukaan 25 meter dari aras laut. Lampu limpah yang digunakan ialah FI.W.10s.[1]


Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.




Jugra terletak di daerah Kuala Langat, Selangor, Malaysia. Antara lokasi berhampiran ialah Pulau Carey, Kampung Chodoi, Banting, Jenjarom dan Sungai Buaya dan Bandar. Jugra menghadap ke Selat Melaka dan berdekatan muara Sungai Langat. Jugra meliputi kawasan Bukit Jugra, pantai Kelanang, Kampung Sungai Arak dan Kampung Chodoi.
Pada zaman pemerintahan Sultan Abdul Samad yang memerintah negeri Selangor dari tahun 1859-1898 Bukit Jugra telah dijadikan tempat bersemayam Sultan Selangor. Rumah api Bukit Jugra dibina di puncak Bukit Jugra. Sampan, perahu dan tongkang yang membawa bijih timah dari Kajang, Balakong, Hulu Langat, Semenyih dan lain-lain dibawa keluar melalui Sungai Langat dan membayar cukai di Jugra.
Bukit Jugra merupakan tempat strategik kerana berhampiran dengan laut, menghadap perairan Selat Melaka dan ingin dimajukan sebagai kota maritim. Bukit Jugra berasal dari sebuah perkampungan kecil Melayu yang bernama Tanjung Kera. Terdapat banyak kera di sini iaitu dari jenis primate hutan pantai. Kera tidak begitu sesuai dengan status baru kawasan istana lalu ditukar nama kepada Bandar Temasya.
Bukit Jugra ada 3 puncak bukit yang menempatkan:
Pemandangan menghadap Selat Melaka yang bercantum dengan Sungai Langat. Cantik kan....? Nice view...Indahnya bumi ciptaan Allah yang masih banyak belum diteroka...tapi sayang hari tu tiada acara paragliding...menurut kata sorang pakcik ni, lepas pilihanraya baru start balik berparagliding....
JUGRA....


Abadikan kenangan di Bukit Jugra. In shaa Allah, panjang umur murah rezeki, kita berjalan-jalan lagi....bukan senang untuk berkumpul bersama begini....anugerah terindah yang Allah berikan dikurniakan adik beradik yang baik, sporting dan memahami. Love u guys....

No comments:

Featured Post

Juadah2 Syawal 2017

Assalamualaikum  Syawal 2017 sudah berlalu pergi meninggalkan kita. Semoga dipanjangkan usia untuk dipertemukan Ramadan dan Syawal 2018...