April 19, 2013

Jelajah Utara lagi - Kulim - Alor Setar

Assalamualaikum w.r.t

Salam Jumaat, penghulu segala hari, alhamdulillah..syukur dengan segala kurniaan rahmat dan kasih sayang Allah pada kita..Kurniaan yang tak ternilai dan tak terhitungkan. Alhamdulillah...
Pagi-pagi ni dah dijamu dengan hidangan laksa, takkan sarapan laksa kot...haaa...ni la laksa mak ndak yang sedap kat Taman Tasik Kulim. So sape2 yang berhajat ke Kulim, sila lah mencari laksa ni...kuah tu nampak cair pasal belum digaul sebati lagi. 


Kali ni SH ke Kulim lagi. Dah macam 2nd hometown dah Kulim nih...hehe...trip yang memang tidak sama sekali dirancang. Selain daripada niat untuk menjengok anak bujang di sana, niat untuk berjalan-jalan pun ada, biasa lah, kalau dah ke sini tak sah kalau tak jelajah daerah-daerah lain di Utara ni....seronok tengok tempat orang...trip kali ni bersama bonda tercinta dan adik serta anak sedaraku yang Ceria 611 tu...tu la channel favourite dia yang orang lain tak leh usik, jangan mimpi nak tengok cerita lain kalau dia dah pegang remote..hati-hati...hahaha...


For the second time gak hotel ni menjadi pilihan. Yang penting kali ni Sh dapat package yang agak murah. Itupun last minute call booking, Jumaat booking, Sabtu dah nak check in. Malas nak susahkan diri cari hotel lain. Kali ni dapat complete set, aircond 24 hours, TV 24hours dan jugak towel and toiletries. Berbaloi dengan aircond dan kipas yang sentiasa terpasang. Dengan cuaca yang agak panas membahang kebelakangan ini. Really enjoy the stay kali ini, tidur pun lena.


Esoknya awal2 pagi lagi kami dah gerak ke Alor Setar. Jarak perjalanan ke sini lebih kurang 120km. Sawah2 padi luas terbentang di kiri dan kanan jalan di negeri Jelapang padi ini. Tapi sayang padi masih belum ditanam dan ada yang baru aje menyemai anak benih padi, so tiada lah pemandangan menghijau yang kami harapkan. 

Masuk je Alor Setaq terus ke sini, Pekan Rabu di hari Ahad. Tempat bekas PM kita, Tun Mahathir berniaga suatu waktu dahulu. Bukak setiap hari bukan hanya pada hari Rabu yer...kami breakfast cum lunch kat kedai sini. Pertama kali berdepan dengan peniaga gerai yang cam memaksa orang masuk kedai dia, cam desperate sangat nak customer....kitaorang baru jer berbincang nak makan apa, dah disendukkan nasi untuk kami. Dengan berat hati terpaksa ambik jugak, maklumlah kat tempat orang kan...? Harga 2 pinggan nasi dengan lauk dan sayur RM10. cam harga kat KL lebih kurang...


Ni salah satu hasil dagangan yang boleh didapati dengan banyak di sini dan di mana sahaja. Lebih kurang sama jer semua barang dagangan dengan Pasar Payang KT. Takde yang menarik sangat. Sekadar memborong beberapa jenis makanan ringan dan kuah rojak mak bee.



Usai bershoping sekadar mampu milik, kami pun bergerak mencari Menara Alor Setar yang berketinggian 165.5m. Menara ke 2 tertinggi di Malaysia selepas Menara KL.. Menara telekomunikasi ini menjadi tarikan pelancung ke Alor Setar ni. Nak naik atas tu beres saje tapi kena la keluarkan modal sebanyak rm8 untuk dewasa. Untuk kanak2 tak sure berapa. Tapi oleh kerana kami ni species yang takut ketinggian dan gayat2 belaka, sayang duit pun yer, so tinjau dari bawah pun dah memadai lah...
Usai menjamu mata kat Menara gading, bergerak pulak ke Masjid Zahir. Alhamdulillah lama dah simpan hajat nak tengok Masjid Zahir ni secara live, in person ;)...Sejak zaman sekolah lagi. Tengok la pembinaan masjid ni pada tahun berapa, tahun 1912, okey. 100 tahun lebih dah, masih utuh berdiri dan cantik sangat. Subhanallah...rasa teruja sangat.
 View dari dalam pagar Masjid.
 11-03-1912, dah 100 tahun lebih dah usia Masjid ni.


 Seni bina yang begitu indah. Rumah Allah ini tersergam indah. 
 Ruang dalam masjid yang bersih dan berkilat. Cantik sangat.


Dah habis pusing satu Alor Setar, kami pun gerak ke Gunung Keriang la pulak. Tak jauh pun, 8km jer dari bandar Alor Setar. Saje nak tengok camane lah rupa tempat ni...tak singgah pun, sekadar buat pusingan u jer...tengok ramai peniaga jade dan kristal kat kaki gunung Keriang ni. Pemandangan sawah padi pun belum menghijau sepenuhnya. Bare with me Bendera hijau tu yer, nak pilihanraya kannnn... lagipun negeri Kedah dah memang jajahan dia. ;)
Nanti akan bersambung untuk episod Penang lak...in shaa Allah...

No comments:

Featured Post

Surabaya - 1 - 4 Sept 2017

Assalamualaikum... Alhamdulillah, satu daripada impian dan angan2 sudah tercapai. Terima kasih Allah kerana mengizinkan kami menjejakka...