August 15, 2012

Iftar 25 dan Almond London 2012

Assalamualaikum...

Semakin rancak persiapan lebaran nampaknya. Semua tak sabar-sabar nak balik kampung namun pada waktu yang sama, sedih kerana Ramadan akan meninggalkan kita. Semoga segala amal ibadat kita di bulan yang suci ini akan berterusan di bulan2 yang lain juga..semoga Allah menerima segala amalan kita yang disulami dengan hati yang penuh ikhlas. Insya Allah..

Semalam kitaorang Iftar di INTAN, Kiara atas tajaan boss yang baik hati. Semoga boss akan lebih dimurahkan rezeki dan tahun depan mane tahu boleh belanja lagi. Gabungan Melayu Muslim department kami lebih kurang 40 orang hadir semalam. Seronok sesekali berbuka puasa dengan kawan2 dengan berbagai jenis juadah yang enak2 belaka...
Ni aje yang boleh disnap. Nak ambik gambar makanan satu persatu, seganlah pulak. Lagipun sibuk nak mengisi perut jer..
Second cookies yang berjaya dibuat selepas tart nenas. Nak cipta kelainan sikit almond london ni, Sh bagi sentuhan tukar kepada kaler kuning. Biasa warna hitam dah sinonim sangat dengan almond london so tahun ni biar ceria sikit, kaler pink dan kuning. Pink tiada dalam gambar. Tak de masa nak deko-deko bagai, biar je dia berposing dari dalam bekas tu...

 Siapa tak tergoda dengan cookies wajib setiap tahun ni kan...?
Nak rasa, jemputlah beraya ke rumah. 

No comments:

Featured Post

Juadah2 Syawal 2017

Assalamualaikum  Syawal 2017 sudah berlalu pergi meninggalkan kita. Semoga dipanjangkan usia untuk dipertemukan Ramadan dan Syawal 2018...