August 14, 2012

Tart Nenas Gulung

Assalamualaikum w.b.t

Salam Ramadan ke 25. Syukur dengan segala rahmat dan rezeki daripada Allah. Lagi 5 hari, InsyaAllah..kita akan menyambut hari raya Aidil Fitri. Tentu persiapan raya masing2 dah kawtim kan, nak tunggu pengumuman raya aje kan. Tak kurang ada jugak yang masih bertungkus lumus untuk menyiapkan cookies raya....macam SH, kerana "kesian" terima gak lagi order tart nenas ni, last2 minit...nak buat camane, kalau nak ikut penat, hanya orang yang buat 'kuey raya' saja yang tahu camane penatnya buat cookies cenonet2 ni...orang yang tak biasa buat, ermmm...susah sikit nak cakap....atas permintaan tetamu setia blog aku ni, ni tutorial camane nak buat tat nenas gulung yer...moga pas ni leh la i merasa tart nenas u pulak...pada sape yang berminat nak buat tu, silakanlah, masih banyak masa lagi. Untuk makluman, cara di bawah adalah cara SH buat, orang lain mungkin ada cara atau kaedah tersendiri, terpulang kepada masing2 punya citarasa dan keselesaan la yer...after all, camane cara sekali pun cukup untuk membuatkan pinggang rasa macam nak tercabut dan exercise tengkuk yang agak kerap perlu dilakukan yer.... 

Pertama sekali, pamkan adunan dengan arah bercorak tu mengadap ke bawah. Yang rata tu mengadap ke atas. Pas tu letakkan jem yang telah digentel bujur, bulat atau camane rupa sekalipun kat hujung adunan tu...
Dengan menggunakan hujung2 jari anda, gulungkan adunan tersebut dengan teliti dan penuh dedikasi serta bersemangat waja. Kalau nak rupanya kemas dan cantik, gulung tu kena la perlahan-lahan. Takyah nak terkocoh2 sangat...(buat perlahan-lahan ni untuk mereka yang buat untuk makan sahaja la yer, kalau untuk bisnes, tiada istilah perlahan...hehehe ;)p
Dah gulung tu pastu potongkan dia untuk membentuk sebiji tart nenas gulung. Cam gambarajah di atas. Buat la sampai habis adunan anda.
Ni la rupanya tart nenas yang belum masuk oven lagi, yang siap digulung dengan jayanya. Makanya jadilah tart nenas gulung yang rupanya tidak la cantik, kemas atau outstanding sangat...ada yang kecik, ada yang besar tu standard la...dah nama pun handmade, bukan machine made or factory made...tak gitu..?
 Ok...ni rupa dia lepas dibakar. Bakar selama 20 minit, suhu 170. 
Alhamdulillah, SH ni bukanlah bisnes cookies besar-besaran. Banyak gak order tapi terpaksa ditolak, takut tak mampu nak buat sensorang. Tahun ni pun dalam 1000pcs jer SH terima order. Sebahagian dah dicollect oleh customer. Misi tart nenas dah berjaya....syukur...

*Selamat mencuba*

No comments:

Featured Post

Random photos - food photos

Assalamualaikum w.r.t Wordless Wednesday. Tak perlu kata apa2 namun syukur Alhamdulillah, masih bernafas hari ini, syukur dengan segala...