January 20, 2015

Roti Sarang Lebah (BHB)


Assalamualaikum...

Lama tak dapat update blog. Bila dah dapat ni abis la projek2 masakan 2,3 bulan lepas kena selongkar balik. Niat nak share ilmu jer, bukan nak tayang makanan yang tak seberapa menjadi ni pun..tapi first time buat roti ni, Alhamdulillah menjadi la kot. Entah! tak pernah makan roti ni daripada air tangan orang lain, first time makan daripada air tangan sendiri so tak boleh nak compare rasa camane.

Sebelum di tuang sos. Fresh from the oven

Ermm..sedap sangat. Lembut dan gebu gebas..

Close up sikit

Lagi..

Keratan rentas tak berapa nak elastic, elastic ke plastic ker, janji lembut dan sedap...
 
  • Bahan-Bahan:
  • Bahan untuk doh roti:
    • 2 cawan tepung gandum.
    • 1/2 sudu kecil serbuk yis
    • 1/4 sudu kecil garam halus
    • 1/2 sudu kecil baking powder
    • 1 sudu besar gula halus atau gula kastor
    • 1/4 cawan plain yogurt
    • 1/4 cawan minyak jagung
    • 1/2 cawan air suam
  • Bahan untuk taburan/hiasan:
    • 1 biji kuning telur dicampur 1 sudu kecil air, untuk disapu
    • sedikit sliced almond
    • bijan hitam
    • biji labu atau biji bunga matahari
  • Bahan untuk sos butterscotch:
    • 25 gram butter
    • 1/2 cawan gula perang atau brown sugar
    • 1/2 cawan whipping cream
    • 1/4 sudu kecil garam
    • 1/2 sudu kecil esen vanila
  • Cara Penyediaan:
  • Cara untuk Roti:
    • Campurkan tepung gandum, serbuk yis, baking powder, gula halus dan gaulkan sebati. Kemudian masukkan garam. Sebab kenapa garam dimasukkan kemudian adalah kerana yis tidak boleh bersentuhan dengan garam, boleh mengakibatkan yis rosak.
    • Tuang yoghurt, minyak dan air suam, kemudian kacau dan uli sehingga lembut dan sebati. Doh ini agak lembik, jangan cuba untk menambah tepung. Cukup sekadar sedikit taburan tepung supaya doh tidak melekat di tangan. Uli selama 5-10 minit.
    • Jika anda gunakan breadmaker, sila ikut arahan aturan bahan mengikut breadmaker anda.
    • Rehatkan doh sehingga kembang dua kali ganda. Keluarkan doh dan tumbuk2 keluar gelembung udara. Bahagikan doh kepada 12 atau 16 bahagian atau ikut kesukaan anda. Bulatkan doh dan susun di atas baking tray. Rehatkan doh sehingga naik dua kali ganda. Sapu bahagian atas dengan telur dan hiaskan dengan bahan taburan.
    • Panaskan oven kepada 160 darjah celcius, bakar selama lebih kurang 20-25 minit, atau sehingga masak. Angkat dan sejukkan. Tuang sos butterscotch di atas roti sebelum dihidang.

  • Cara untuk sos butterscotch:
    • Di atas api yang perlahan, panaskan mentega dan gula perang, kacau seketika. Masukkan pula whipping cream, garam dan esen vanilla. Kacau sehingga sos pekat sebati. 
    • Credit untuk link bawah ni.. 

No comments:

Featured Post

Surabaya - 1 - 4 Sept 2017

Assalamualaikum... Alhamdulillah, satu daripada impian dan angan2 sudah tercapai. Terima kasih Allah kerana mengizinkan kami menjejakka...