January 18, 2015

Churros cepat dan sedap

 Assalamualaikum...

Jom kita buat churros, senang dan cepat disediakan.

                                   


                                    

    Bahan-bahan:

  • 1 cawan tepung gandum
  • 1 sudu esen vanilla
  • 1 cawan air
  • ½ cawan mentega
  • 1 sudu kecil garam
  • Gula perang
  • 2 biji telur
  • Bahan-bahan Sos coklat:

  • 1 keping coklat
  • ½ cawan krim
  • ¼ gula aising
  • Mentega

    Cara-cara penyediaan:

  • 1. Didihkan air dan masukkan mentega.
  • 2. Masukkan semua bahan churros kecuali telur.
  • 3. Kacau sehingga menjadi doh.
  • 4. Tutup api dan sejukkan. Setelah sejuk,masukkan telur dan kacau sehingga sebati.
  • 5. Masukkan dalam piping beg, paipkan ke dalam minyak yang panas.
  • 6. Goreng sehingga perang dan angkat.
  • 7. Untuk sos coklat, satukan semua bahan coklat dan didih sehingga sebati.
  • 8. hidangkan bersama churros.

2 comments:

Zilla said...

wajib try ne...tgk resepi pun mcm simple giler..selain sos coklat,ada cara lain x kak nak nikmai churros ini?

SH said...

Ada zila, akak makan dgn brown sugar tabur cinnamon powder sikit...sedap...

Featured Post

Juadah2 Syawal 2017

Assalamualaikum  Syawal 2017 sudah berlalu pergi meninggalkan kita. Semoga dipanjangkan usia untuk dipertemukan Ramadan dan Syawal 2018...