August 18, 2014

Marble Cheese Cake

 
Assalamualaikum...
 
Lama betul tak jengok dan update sini. Sepanjang Ramadan takde ape2 entry, Syawal pun dah nak ke penghujungnya...biasalah bila penyakit M melanda...ingat nak lupakan terus jer blog ni, tapi sayang pulak...banyak kenangan sejak berkecimpung dalam dunia blogging tahun 2011. Bukan nak buat duit atau kumpul followers pun, untuk kenangan diri sendiri dan anak-anak bujangku jer. Pada yang sudi baca dan bertandang ke sini, kira satu bonus la tu...i appreciate that.
 
Mood raya punya pasal, jom kita mengecis kek. Dah lama tak buat cheese cake, semalam bila ada beberapa kerat kawan2 dan jiran2 yang sudi memerah tenaga dan membakar keringat mendaki tangga menjengok rumah kayanganku itu....ermmm...seronoknya rasa hati. Bertambah seronok bila tengok diorang makan..exspecially budak2...dikutip satu persatu coklat kat atas tu. Dah lama coklat tu kat dalam fridge (tapi tk lah expired - hehe), siabang yang membeli di Candylicious tapi katanya tak sedap, so terbiar tanpa ada yang makan. Al maklum la, pemakan kat umah ni, ai sorang jer...huhu. Ada la 'seorang' lagi, tapi yang tu tak main la coklat2 ni, dia suka Royal Canin jer...maklum lah..keturunan raja2...hahaha....
Resepi kek tu cam biasa jer, cuma ai tambahkan topping coklat cair kat atas tu dan dideko dengan coklat bulat2 tu. Lupa ape nama coklat tu.

k bai..;)

No comments:

Featured Post

Surabaya - 1 - 4 Sept 2017

Assalamualaikum... Alhamdulillah, satu daripada impian dan angan2 sudah tercapai. Terima kasih Allah kerana mengizinkan kami menjejakka...