May 21, 2014

Pemandulan kucing

Assalamualaikum...
 
Nak cerita pengalaman memandulkan KC, makhluk Allah kesayangan aku kat umah tu...Alhamdulillah KC dah sihat sepenuhnya walaupun pada mulanya cuak jugak bila KC sakit, terkurung dalam cage, mengiaw nak keluar dari kurungan.
 
Plan nak mandulkan KC ni dah lama, dari tahun lepas lagi tapi naluri manusia aku ni rasa kesian. Maklumlah...fitrah hidup binatang yang sememangnya boleh bebas bergaul dan bersosial...ermmm...
 
Selepas meeting dengan anak2 so we decided nak Spay kan KC ni...sebabnya aku tak perlu terangkan kenapa cos automatically orang akan tahu kenapa kita mandulkan kucing. Jangan aku dituduh kejam...cam kawan anak2 aku kutuk diorang kejam. After operation, bila pergi amik KC kat Klinik, ya Allah...rasa kesian sangat...balik umah letak dalam cage, aku duk mengadap muka dia, menangis aku depan cage tu...huhu...naluri aku tersentuh dan sedih giler...padahal KC relax je...cuma dia masih mamai selepas operate.
 
Bermula episod menjaga KC yang sakit ni, tapi selepas 3 hari dia dah mengamuk nak keluar dari cage. Tak sanggup duduk dalam sangkar emas tu...kami keluarkan dia sekejap untuk merayau2 dalam rumah lepas tu masukkan balik...syukur alhamdulillah, dalam masa 5 hari KC dah aktif semula...dah sihat sepenuhnya dah pada hari ke 14 hari tu, aku mandikan dia, biasa takut air tapi hari tu ok jer....tak mengiaw langsung kena mandi...haha...
 

Resit ni untuk kenangan. Bukan untuk tayangkan berapa aku spent untuk KC. Rezeki dari Allah untuk kongsikan bersama, walaupun dengan binatang. Untuk mandulkan sahaja RM150, Vaccin - RM45. Sesiapa yang nak mandulkan kucing, boleh la contact Klinik di atas kat Kota Damansara. Vet (melayu) dia baik dan peramah.
 
Progress KC lepas dah mandul ni, KC dulu bukanlah yang sekarang...hahaha...kalau dulu sombong susah nak dipegang, sekarang dia yang datang melepek kat kita dan duduk atas riba....manja giler, asyik mengiaw cam orang ajak borak...ade ker...kahkah...semoga KC akan bertambah berat badan...dapat makan Royal Canin lagi...(doktor dan kawan2 yang rekemenkan food tu)...
 
Ni hukum mandulkan kucing/binatang. FYI...
Fatwa Jakim Mengenai Mengembirikan Binatang Peliharaan

Jakim telah pun mengeluarkan satu ketetapan pada tahun 2002, yang menyebut :
Bahawa mengembiri binatang kesayangan seperti kucing atau anjing hukumnya adalah diharuskan dengan sebab-sebab tertentu iaitu bagi menjaga muslahat ummah.
All pets like cats and dogs are allowed to be neutered or spayed in order to maintain the health and welfare of both the animals and the community.
After studying the messages of the aforementioned mazhab’s and the medical viewpoint, JAKIM has decided that neutering of cats for reasons of ‘maslahat’ is acceptable. It is in agreement with ‘qaedah’ (way) Fiqhiyyah which states “To choose the lesser of two evils”. - Felinemalaysia.com
 
 
 

No comments:

Featured Post

Surabaya - 1 - 4 Sept 2017

Assalamualaikum... Alhamdulillah, satu daripada impian dan angan2 sudah tercapai. Terima kasih Allah kerana mengizinkan kami menjejakka...