August 20, 2014

Cerita raya 2014 (sikit jer, ambik bau Syawal)

Assalamualaikum.
 
Syawal 2014 yang penuh kenangan pahit manis...pahit akibat terperangkap di dalam JEM ke Ganu Kita..Tak pernah lagi sepanjang 23thn duduk di Lembah Klang, balik raya jem seburuk ini. Sekarang bila ingat balik rasa seronok dan lucu pun ada. Tolak campur journey nak balik raya tahun ni ialah 27 jam...tak percaya? percayalah...
 
Gerak dari Kota Dsara seawal jam 4 pagi Sabtu. Kekonon awal la sangat tu...situasi jem tak perlu la diceritakan, rasa sesiapa pun yang balik ke Pantai Timur tahu camane situasi hari Sabtu tu. Gedebak gedebuk lebih kurang 13 jam jugak untuk kami melepasi zon selamat iaitu Tol Kuantan. Itupun setelah lembik dan letih mengharungi jem masa nak check out Jabor, lepasi Jabur, masuk pulak LPT2 Cheneh, konon tak nak sangkut kat Cherating to Kemaman. Sekali Uturn balik ke LPT cos minyak kete dah blinking, amik keputusan yang amat tepat, keluar tol Kuantan. Lepas isi minyak, cari Hotel di Kuantan. Check in...luruskan kaki, luruskan badan, tidur dengan nyenyak malam itu. Esok pagi Ahad, jam 4 gerak ke Dungun. So total journey kitaorang, kurang lebih 27 jam...hehehe...adventure dan pengalaman sungguh...

5 kereta anak di perantauan pulang dengan selamat ke Kampung w/pun pulang dengan bermacam cerita jem dan keletihan. Alhamdulillah. Motor nak menyempel jugak, pasal empunyanya pun orang Lembah Klang.
Situasi petang sehari sebelum raya. Chep Mohamad nak membako lemang tahun ni. Kita bagi la dia can jadi chep kali ni. Tengah sediakan tempat untuk membako.
 Dah ready dah tempatnya.
 Sambil2 tu snap apa yang ada di sekitar rumah mok.

 Si jantung pisang

Ni la rupa buloh lemang yang cam kemetot sikit. Buloh ni abang ipar tolong belikan kat pembuat2 lemang di tepi jalan di Kijal sana nun. Rumah dia dekat dengan gerai2 ni, so dengan murah hati dia mengoffer untuk belikan.
Proses pembakaran sedang berlaku. Juadah di pagi raya, cam biasa lah ketupat palas mok dan nasi minyak. Tak lupa lemang 'kesihatan' ni...dipanggil lemang kesihatan kerana kurang garam atau dengan kata lain tawar hebbe...tapi bila dicicah rendang dan kari daging, rasanya meletup2 di dalam mulut...gitu...(bangga chep Mohamad)
Dah nak masak. Tunggu raya baru leh makan.


Ni di pagi raya. Cumel dan cuwitttt sangat anak2 buahku ini. Yang pompuan walaupun kecik lagi semangat menutup aurat. Semoga semangat tu sampai meningkat remaja dan dewasa. InsyaAllah...aminnn....
 Moh kita pergi berayer....

Gambar raya banyak tapi biarlah untuk kenangan dan koleksi peribadi sendiri.  InsyaAllah, semua adik beradik akan berkumpul kembali di kampung pada 19 September nanti untuk si bongsu Wedding Day. Semoga Allah permudahkan segala urusan dan sentiasa dalam rahmat dan berkat serta izinNya. Amin yarabbal alamin...

Merenung masa depan yang bakal di lalui bersama. InsyaAllah...semoga bahagia.



No comments:

Featured Post

Surabaya - 1 - 4 Sept 2017

Assalamualaikum... Alhamdulillah, satu daripada impian dan angan2 sudah tercapai. Terima kasih Allah kerana mengizinkan kami menjejakka...