August 29, 2014

Belanja Resepi Aglio Olio dan Bread Butter puding.

Assalamualaikum...
 
Maka tersebut la kisah, memakan Aglio Olio sehari sebelum Ramadan yang lalu di The Manhattan Fish Market. Biasa ambe ni kurang gemar spagheti kering2 camni, ambe tersangat la suka carbonara spaghetti tu...tapi pas makan Aglio kat situ rasa sedap la pulak pada anak tekak ambe yang cukup terlatih makan Italian food nih....cehhhh....pasal makan pree pun yer gamaknya...
 
So 2 hari lepas bila keinginan untuk memakannya tiba2 datang, ambe pun dengan rela hati turun ke gelanggang dapur sekangkang kucingku itu. Alhamdulillah...lahir la Aglio ini yang rasa nya lagi terangkat dari TMFM tu...(dah terangkat diri sendiri la pulak)...sesiapa yang nak mencuba persilakanlah...resepi jengok2 meminta pertolongan pakcik gugel tapi banyak resepi yang mcm2 bahannya, so ambe olah dan campak mencampak aje apa yang ada.
 
 Terliur tak...?
Mula-mula rebus spagheti, sejat dan ketepikan. Panaskan sedikit minyak zaitun, tumis bawang putih, crush kan jer, cili api (potong kecik2-tekak melayu haruslah pedas). Dah berbau wangi, masukkan udang dan sotong, garam gula pak aji.  Pastu masukkan la spagethi yang dah direbuskan tadi, cili flakes dan jugak serbuk lada hitam. Kacau sebati dan siap untuk dimakan. Walla...alhamdulillah...Mudah sangat kan..?
Ini pulak bread butter puding yang akan terhasil bila roti kat umah tu dah expired, 1,2 hari expired camtu...tapi bukanlah expired dah berkulat dik oi...lagipun roti letak dalam fridge kan...masih elok dan selamat dimakan. InsyaAllah. Resepi dia main campak ikut kepala ambe jugak. Dah save dalam kepala untuk resepi ni. Yang perlu dicari hanyalah fresh milk.
 
6 keping roti, susu segar sebotol kecik tu (not sure berapa ml), 2 biji telor, 2 sudu besar gula, 1 sudu teh esen vanila, butter sikit, kismis, badam slice, choc chips. Ini semua lebihan buat cookies untuk hari raya tu.
untuk sos - 1/2 tin susu cair, 4 sudu besar gula dan 1/2 sudu besar tepung kastad. Campurkan semua bahan dan masak hingga agak pekat. Sos kastad ni agak kekuningan, tak tahu naper, mungkin bergantung kepada jenama tepung kot...
 
Koyakkan roti dan susun dalam loyang. Ambe guna mangkuk kaca 4 segi tepat IKEA tu..pastu tuangkan susu dan rendamkan roti ni. Sesekali tekan2 kan dia supaya dia lembut dan bergaul sebati dengan susu.
 
Gaul rata gula, esen, telur dan butter. Pukul manja sedikit. Pastu tuangkan ke dalam roti tadi. butter tu kalau berketul...its ok, bila bakar nanti dia akan cair. Pastu taburkan kismis, badam dan chocolate chips. Terpulang pada kehendak masing2 la, kalau nak tabur berlayer2 dalam roti tu pun, no hal. Ok jerkk....Selamat mencuba...
Ini 2nd time buat biskut lidah kucing Lebaran hari tu...suka dengan kombinasi kaler kali ini...
 
Have a nice Weekend.
 
Bai..

No comments:

Featured Post

Manggo chilled cheese cake

Assalamualaikum Tak tertahan godaan untuk menikmati manggo cheese cake ni. Terbayang2 di mata tak kala terpandang pada dinding FB seseo...