March 21, 2014

Langkawi (13-15032014)

Assalamualaikum w.r.t
 
Salam Jumaat, salam penghulu segala hari yang penuh keberkatan dan rahmat Allah. Semoga ada berita gembira untuk Malaysia hari ini...tidak kira baik atau buruk,  yang lebih utama, MH370 mesti dijumpai. InsyaAllah.

Nak bercerita percutian tertunggak ke Langkawi pada minggu lepas. Kenapa tertunggak? Sepatutnya ke Langkawi ni pada tahun lepas lagi, siap bayar deposit kereta sewa bagai...tapi kerana ada asbab tertentu percutian Langkawi diganti dengan Sabah.

Namun syukur hajat hati nak bawak mok ke Langkawi tercapai jua...with my 2 sisters...plan yang betul2 serius (w/pun ada yang masih mencongak-congak) seawal bulan February lalu apabila tiket flight telah selamat dibooking...so bila dah beli tiket flight, no more alasan yoww....panjang umur, sihat tubuh badan...yokkk kita terjah jer...
Flight seawal 7.30 pagi Khamis, tak sampai sejam touch down Langkawi Airport dengan selamat. Alhamdulillah....sebelum take off dah sms sibudak sewa kereta yang dah dibayar deposit tahun lepas tu...so nice of him, cakap duit tu tak akan burn kak, bila2 nak datang Langkawi akak roger jer..so sampai aje kat balai ketibaan, terus la call dia...sekali call tak jawab, 2 kali call tak jawab...kat 10 kali call masih gak tak berjawab...tak boleh jadi ni...terus mintak izin kastam situ masuk balik ke dalam dan cari kereta kat booth2 dalam tu....dalam hati kata, tak ape la...takde rezeki dengan dia nak buat camane so dapat la kami kereta Nissan Almera dengan harga rm80 sehari plus deposit rm50.
Kereta baru you....dapat drive pun cukup la...nak beli tak mampu...:P
Dah dapat kereta apa lagi, jom round2 Langkawi...perut dah berbunyi moh kita cari makanan dulu. Bila dah lalu area Pantai Cenang ternampak lak sigboard Laman Padi so kita stop sini dulu. Time ni hp berdering beberapa kali, rupa-rupanya sibudak tadi call. Beria dia mintak maaf, dia tertidur rupanya. So nak cakap apa lagi kan...tapi budak ni memang berbudi bahasa...dia mintak no account untuk bank in kan balik duit rm50 deposit dulu tu...memang betul takde rezeki nak jumpa budak ni...dapat nama dan contact dia pun dari Forum cari, memang ramai yang rekemenkan dia ni...
Ada 3 jenis sawah padi di sini...padi yang baru ditanam, yang tengah menghijau dan yang tengah menguning. Masa kitaorang sampai kitaorang ber4 jer kat sini....ada la nampak sorang tukang sapu ngan pak guard. Awal pagi kot, sapa nak datang Laman padi ek..hehe...
Cuaca Langkawi sepanjang 3h2m berada di sana. Alhamdulillah...panas membahang. Beli coklat tak sampai 5 minit dah cair...relax2 kat Laman padi dalam 20 minit, santai2 bawak kereta terus ke Dataran Lang....seronok betul berjalan di Langkawi time off peak ni...aman damai tak ramai umat...lenkali kalau ke sini, memang akan cuba avoid PH and school holiday.
 
Bersambung.....


2 comments:

Mohd Fitri said...

Assalam. nk tanya aritu g langkawi sewa kereta kt mne ye? ade contact x? igt nk sewa kereta almera jg. yg akak dpt ni murah je. mohon bantuan :)

SH said...

Assalam. Saya ambik kt Airport jer..kt booth2 yang banyak tu tapi dah lupa nama booth tu...cuba la tanya...

Featured Post

Surabaya - 1 - 4 Sept 2017

Assalamualaikum... Alhamdulillah, satu daripada impian dan angan2 sudah tercapai. Terima kasih Allah kerana mengizinkan kami menjejakka...