March 27, 2014

De Baron Resort, Langkawi

Assalamualaikum...

Masih lagi cerita Langkawi...takde mood nak bercerita...hotel review De Baron Resort.
De Baron Resort, tempat penginapan untuk 3H2M. Family room for 4 persons, booking thru booking.com...total untuk 2 malam rm380plus without breakfast.


Lokasi Hotel ni best, sebelah Masjid Al Hana, belakang Kompleks Pekan Rabu. View cantik mengadap laut dan dekat sangat dengan Pekan Kuah...memang best...
Masa sampai nak check in tu, tengok kat kaunter diorang, offer untuk family room, Sea View and breakfast untuk 2 orang. So cubalah bertanya kot2 dapat breakfast. Tak dapat katanya...then mintak pulak sea view, tak dapat jugak katanya...so...what can I say....nyesal lak booking dengan booking. com. Untuk makluman, brekfast di sini, RM25 sekepala...Sungguh frust di situ...




Overall De Baron ni, ok la...6* daripada 10. Hotel yang tenang dan tak serabut sangat compared dengan area Pantai Cenang tapi bab kemudahan dalam bilik tu kurang sedikit. Lif  yang kecik hanya mampu bawak 6 orang passengers sahaja dalam 1 masa...so bila time ramai umat, terpaksalah memanjat tangga...ala...bukan tak biasa, kat umah pun panjat tangga gak...elok exercise tu...
Satu lagi yang paling frust, power point kat bilik hanya 1 sahaja! So kalau dah berempat kena la Q untuk charge handphone. Or next time kalau nak stay sini lagi, siap siaga bawak extention cord. Hahaha...oh yer...kalau nak extra bantal kena bayar rm5 per bantal okay...
Siapa berminat nak stay sini...dipersilakan...;)





No comments:

Featured Post

Shopping apa di HCMC, Vietnam

Assalamualaikum Wahh😄 tajuk cam banyak sangat shopping. Seperti yang dinyatakan sebelum ini, saya bukanlah kaki shopping. Shopping sou...