February 4, 2013

Cendol Bakar Drive-thru, Kuala Selangor


Assalamualaikum w.r.t...

Cendol ni memang popular sejak 2 menjak ni kan? Mungkin kerana perkataan 'bakar' tu yang buatkan orang kepingin nak mencuba kot. Untuk makluman, tuan empunya cendol ni namanya BAKAR, dan katanya gula merah yang digunakan tu dibakar dahulu, camane tu..? Mungkin ada la resepi special En Bakar ni yang kita tak tahu kan..? Belasah aje la, janji tekak yang kering dan kehausan akan segar dan nyaman sikit bila pekena cendol ni.

Kejadian meminum cendol bakar ini berlaku pada cuti hari wilayah yang lepas....aterr...dah KL cuti kan...so apelagi, jenjalan la...hilangkan boring, habiskan petrol, derma kat booth2 tol, penuhkan tembolok, daripada duk umah jer, dapat gak merasa ape yang orang lain dah rasa...hahaha...jalan-jalan ke Kuala Selangor untuk kali ke 2, dari Kota Dsara, ikut PLUS hiway exit Rawang (S), tambah pelaburan kat pondok tol PLUS rm2.20, pastu masuk LATAR Hiway ke Kuala Sgor, 1st tol rm2 dan satu lagi exit rm2 jugak....ermmm.....
JJCM TV3 baru datang sini pada 27 Jan yang lepas. Nampak plaq jjcm tu, ada sign Iqram Dinzly lagi. Kita tunggu kat TV3...coming soonnn...

Ni la rupa cendol VIP tuh, perasan jadi VIP jap...memandangkan kami berdua bukanlah peminat tegar cendol, so kitaorang order cendol VIP jer...rm2 semangkuk. Rasa cendol ni...ermmm...sedappp...rasa cam cendol2 biasa jer kot...ker anak tekak aku yang tak sensitip? Sorry la erkk...tapi rasa dia cam cendol2 lain gak...cuma aku terjumpa 2 ketoi nata decoco dalam tu...

Waktu ni dalam pukul 11 lebih camtu so customer belum ramai lagi. Cuaca memang panas membahang tapi suasana sekitar tetap best, beratapkan daun nipah, sambil baca sokabar, angin sepoi-sepoi bahasa. Pastu order pulak sepinggan rojak. Tak abis makan berdua, pasai roti canai pagi tadi masih bersisa dalam perut. Ni kes nak try punya pasal, tak tahan godaan nafsu makan...Rasa rojak tak lebih daripada biasa2 sahaja...
Customer tak pernah putus, ramai jer yang bertandang. Best berbisnes macam ni kan? Rezeki bekat kerana En Bakar ni pun pemurah orangnya. Suka menderma dan jugak bagi cendol free untuk OKU lagi...depan kedai cendol ni ada sorang OKU menjual tabung buluh. Lupa nak snap gambar dia..
Kedai sebelah cendol ni kosong, belum ada customer lagi, hari masih awal untuk makan tengahari kot. Amik gambar masa jalan ke tempat parking, nak snap kain rentang Drive-thru tu segan la pulak...lenkali la...hehehe....

1 comment:

Acik Erna said...

Assalam SH...kalau acik pulak peminat tegar cendol

Featured Post

Surabaya - 1 - 4 Sept 2017

Assalamualaikum... Alhamdulillah, satu daripada impian dan angan2 sudah tercapai. Terima kasih Allah kerana mengizinkan kami menjejakka...