February 5, 2013

Pusing-pusing Kuala Selangor

Assalamualaikum w.r.t

Bertemu kembali di episod Kuala Selangor, seronok gak Kuala Selangor ni, aku jer selama ni tak pernah cuba nak explore, jarak dari rumah ke sini tidaklah jauh benor, tak sampai 1 jam perjalanan pun...tang yang paling seronok, hasil2 laut kat Pasar Pasir Penambang yang segar bugar, freshnya segala haiwan laut tu, putih berkilat lagi dan kalau boleh nak borong semua! Murah sikit la daripada harga2 di tempat lain, tapi worth buying kerana ikan semua masih segar2 dan belum dimasukkan bahan pengawet lagi...Gambar2 kat Pasar tak dapat dirakam, kes kamera tinggal dalam kereta.

Cuaca pada hari itu begitu terang benderang dan panas membahang sekali. Dah itu cuaca kat Malaysia kan, panas dan hujan sepanjang tahun, apa nak dinafikan lagi. Redah aje la, walaupun rasa terbakar kulit tapi semangat 'berjalan' tu yang kita mau...haha..posing2 dan gurau senda ngan monyet atau lotong sementara menunggu adik dan family dia sampai. 
Ini Rumah Api di Bukit Malawati. Kedudukan Bukit Malawati ni mengadap Selat Melaka dan juga Sumatra, Indonesia. 
Ni pulak Muzium Sejarah Kuala Selangor tapi tutup la pulak, tak dapat la tengok apa yang ada kat dalam tu. Mungkin hari Jumaat tidak dibuka pada umum.
 Meriam-meriam lama yang masih dijaga elok.
Lotong dengan baby dia warna oren. Takut nak dekat dengan dia ni, pasal dia sibuk duk protect anak dia daripada musuh. kang tak pasai-pasai kena gigit kat lotong kang...
 Baitulhilal, tempat mencerap anak bulan Ramadhan dan Syawal.
Lotong aka monyet bergayutan. Penghuni setia di Bukit Malawati ni yang tak pernah putus menerima kunjugan tetamu. Tetamu datang dapat makan kacang panjang free...hehe...
Haa...kan dah dapat makan free. Seikat kacang tu dijual dengan harga seringgit. Tak sempat nak bagi satu-satu dah dirampasnya daripada tangan orang tu...so hati-hatilah...diorang akan jadi ganas kalau tengok makanan.
Perigi Beracun, sebelah perigi beracun tu ada Laman Budaya tapi cam tak aktif dah tempat ni kot...sunyi tak ade sapa yang singgah sini. Cam seram sikit so kami pun cepat2 cabut ke atas balik, ke tempat lotong2 tadi....

Ni la Laman Budaya tu tapi tempat ni dah macam tak dijaga rapi. Banyak yang dah rosak dan tak lagi dibaik pulih.
 Map of Bukit Malawati.
 3 beradik ni excited sangat tengok monyet2 tu...nak gi dekat takut, tengok aje dari jauh.

Dah abis explore Bukit Malawati, kami gerak ke Pasar Pasir Penambang untuk menyopping lauk2 yang segar bugar. Pastu teruskan perjalanan ke Tanjung Karang dan sampai Sekinchan. Hajat hati pada mulanya nak tengok sawah bendang...orang Kota la sangat...jakunss...sampai aje Sekinchan, sawah bendang dah kering kontang, musim menuai baru aje berlalu. Penanaman padi akan bermula pada bulan March ni pulak yer...so ada alasan nak ke sini lagi nanti...hehe...

Keropok losong kat atas tu kami singgah masa otw balik ke Kuala Selangor daripada Sekinchan. Kalau tak silap, kat Tanjung Karang. Lokasinya selepas hospital Tanjung Karang kot...rasa keropok dia, walaupun namanya Losong of cos lah masih tak dapat menandingi keropok Losong Terangganu yang betul2 best dan pure. Orang Ganu mesti la tahu rasa keropok Ganu camane...betul tak? hehehe...tapi rasanya masih boleh diterima tekak kami orang Ganu ini...bagi penggemar keropok, jemputlah ke mari.

No comments:

Featured Post

Juadah2 Syawal 2017

Assalamualaikum  Syawal 2017 sudah berlalu pergi meninggalkan kita. Semoga dipanjangkan usia untuk dipertemukan Ramadan dan Syawal 2018...