February 6, 2013

Aroma Ikan Bakar, Jeram

Assalamualaikum w.r.t

"Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?" (Surah Al-Rahman)

Alhamdulillah dengan segala nikmat yang Allah berikan. Nikmat kesihatan, nikmat rezeki, nikmat selera, nikmat masa senggang...terlalu banyak tak boleh dibilang dan dihitung. Syukur Alhamdulillah...

Tak habis lagi kisah pusing2 Kuala Selangor. Kalau ke Kuala Selangor pasti ramai yang akan tertumpu ke Jeram ni. Semestinya untuk mencari seafood dan juga ikan bakar yang sedap-sedap...ermm...kami pun ambil peluang untuk mengisi perut selepas hampir seharian berjalan. Late lunch kat Aroma ikan bakar ni begitu menyelerakan. Tengok seafood yang dipamerkan rasa cam nak order semua...hehe...tapi bukan free kak weihh...kang tak mampoo nak bayar kang...
Pondok ni perlu dibayar rm20 yer...boleh duduk bersila dan makan mengadap laut. Hembusan angin begitu mendamaikan. Rasa cam berkelah di pantai kampung sendiri...
Lauk-lauk untuk kami. Ikan 3 rasa, ketam masak cili, kepah masak cili (semua cili di situ)...kailan goreng, sotong tepung dan jugak ikan pari bakar. Yang bakarnya satu aje...Tak lupa sejug fresh oren.
 Sotong tepung. Sotong agak liat.
Kepah masak cili.
Sekitar Aroma ikan bakar yang best. Gendang gendut tali kecapi, kenyang perut, suka hati, senyuman manis terpamer di pipi...hahaha...tapi handbag aku ni dah kurang isi, pasal buat amal jariah tadi (gurau jer) Alhamdulillah, semoga makin bertambah rezekimu sis, belanja kitaorang.

Usai makan jom kita lepak-lepak pulak. Kali ni kita ke Pantai Remis. Tiada yang menarik hati, teringat Laut Cina Selatan di Ganu, pantai memutih cantik dan airnya yang membiru.
Time untuk shopping karangan laut pulak. Semua cam jakunss, tak tahu ape nama benda2 alah ni semua. Satu-satu di interview pakcik yan menjual tu. Yang aku tahu kerang, kepah, mentarang dan jugak belangkas jer.
 Yang ni pada yang tak tahu macam aku, namanya Ala-ala..
 Ni mentarang. Ada yang kecik, ada yang besar.
 Ha...ni kerang bulu. Terlampau besar sangat, tengok tak begitu mencuit seleraku. 
Ni la belangkas. Sape yang suka makanan eksotik, boleh la mencuba belangkas ni...aku setakat tengok boleh la, nak makan? terima kasihhh...hehe
Ni mentarang bersaiz kecik kalau tak silap dan sebelahnya tu, remis. Baru jumpa binatang yang dinamakan untuk pantai ni...Pantai Remis....haaa....ok la...itu aje untuk edisi Kuala Selangor. Semua tempat best, In sha Allah, akan repeat ke mari.

Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhanku, yang aku hendak dustakan? Alhamdulillah...

No comments:

Featured Post

Manggo chilled cheese cake

Assalamualaikum Tak tertahan godaan untuk menikmati manggo cheese cake ni. Terbayang2 di mata tak kala terpandang pada dinding FB seseo...