January 18, 2013

Simanis Pavlova

Assalamualaikum w.r.t

Salam pagi Jumaat penghulu segala hari. Semoga hari ini, hari yang indah dan membahagiakan. In sha Allah...
Pagi-pagi dah tayang dessert. Takkan breakfast nak makan pavlova kan...? Haissh...dah katanya lama tak bersiaran so semua ni kejadian tahun lepas ni...Sedar tak sedar...rupanya dah lama tak update blog. So semalam adalah entry pertamaku di tahun 2013 nih....selamat tahun baru semua...Semoga tahun 2013 ini ada sesuatu yang terbaik untuk kita. Sebagai hambaNya hendaklah kita redha atas segala sesuatu....

Ok la...semalam ada seorang adik ni bertanya, akak boleh buat pavlova tak? So saya pun tunjuk lah gambar ni kat dia...reaksi dia cam...wahhhh...akak...semua akak boleh buat erkk...sedap ker? ape rasa dia? Secara jujurnya, pavlova ni tiada yang istimewa pun....manis aje rasanya, cuma yang membantu pavlova ni untuk sedap adalah buah-buahan di atasnya. Kalau letak buah yang sedap, sedap la dia...meringue manis, cream tu pun manis, so letaklah buah-buahan yang masam sedikit, so bila manis dan masam tu bergabung, terus meletup-letup bila masuk dalam mulut...hehe...
Hidangan dessert ni sesuai untuk majlis2 yang ada tetamu. Kalau setakat buat untuk 2 atau 3 mulut sahaja, jawabnya tersadai la dia dalam peti ais untuk seminggu dan kemudian mendarat la pulak dia dalam mulut cik tong. 


Resepi Pavlova.

Bahan-bahan :

4 biji putih telur 
1 cawan gula kastor 
1/2 sudu teh esen vanilla
1 sudu teh cuka masakan
1/2 sudu teh cream tartar

Topping/hiasan :

1 cawan (240 ml ) non dairy whipping cream
1/2 sudu teh esen vanilla
Buah-buahan kegemaran - strawberry, kiwi, blueberry, aprikot, anggur...terpulang pada cita rasa masing2...

Cara-cara..

Pukul putih telur dengan kelajuan perlahan. Kemudian, dengan kelajuan yang tinggi, masukkan gula sedikit demi sedikit. Masukkan esen, cuka dan juga cream of tartar. Pukul sampai putih telur betul2 kental dan bertanduk...haha..

Masukkan putih telur ke dalam piping bag. Lepas itu, bentukkan bulat di atas baking paper...terpulang nak bentukkan kecik atau besar. Bakar pada suhu 170, sehingga meringue berwarna keemasan dan sedikit merekah. Pastu biarkan sejuk seketika baru dikeluarkan dari oven.

Bila nak makan, baru la dipaipkan cream ke atasnya dan dihiasi dengan buah-buahan yang digemari.

Selamat mencuba.
 

No comments:

Featured Post

Surabaya - Day 2 - Bromo Tengger Semeru

Assalamualaikum - sambungan kisah permusafiran kami dari Surabaya ke Bromo. Alhamdulillah...selamat sampai ke Probolinggo pada jam 2 pa...