January 22, 2013

Jalan-jalan Utara (22 & 23 Dec)


Assalamualaikum w.r.t

Alhamdulillah, anak bujang dah masuk semester 2 pada 16 December lepas. Ibu menyusul pada 22hb untuk menghantar barang2 anak bujang yang sekarang dah duduk kat luar aka menyewa. Semoga anakku sentiasa dalam perlindungan dan peliharaan Allah sentiasa. Amin...

Ni la rupa rumah sewa anak bujang. Share dengan 10 orang kekawan. 4 bilik dan 3 bilik air. Hall pun agak luas cos rumah bujang takde furniture bagai. Kesian anak2 yang terpaksa berjauhan dari family, tapi itulah  lumrah kehidupan yang perlu diharungi. Semoga mereka semua akan berjaya dalam pelajaran dan bidang yang bakal diceburi. In shaa Allah....
Rumah ni berdepan jer dengan Hospital Kulim dan jugak Balai Polis Kulim Hitech ni. Kejiranan tak berapa bagus kerana masing2 buat hal sendiri, berkurung dalam rumah dan pukul 9 malam suasana sekeliling dah gelap gelita. 
Check in kat Tune Hotel. Kat Kulim ni tak banyak pilihan hotel, so Tune la jugak yang menjadi pilihan. Sekadar untuk bermalam dan melepaskan lelah semata...itupun ambik basic aje...air-cond 12 jam (masih lagi berbaki 2 jam lebih). Itu sahaja, no entertainment, no toiletries, no towel....semuanya bekal sendiri. Kalau ikutkan harga yang dibayar, rasa tak berbaloi hotel ni, semua benda nak kena beli, sedangkan hotel lain semua disediakan. Dari segi keselesaan dan kebersihan, ok la..dari segi facilities tu, next time, mungkin fikir 2 kali untuk ke sini. Overall kalau semua come in package macam hotel2 lain, aku leh bagi 8/10, but for now aku bagi 5/10 jerk...hehe..

2 single bed. Online booking RM85. 


Sesapa pergi Kulim terdesak nak cari hotel, boleh la terus ke sini. No.4, Jalan KLC Satu (1), Kulim Landmark Central, 09000 Kulim, Kedah

03-7962 5888

Lepas solat jamak kami pun bergerak ke Sg Petani. Mula-mula plan nak ke Alor Setar, bila masuk jer hiway, kereta bersusun, bergerak perlahan dalam hujan lebat. Kalau teruskan ke Alor Setar, pukul berapa nak sampai, pastu ubah haluan dengan pertolongan GPS, ke Sungai Petani, terus ke Daerah Yan dan ke Tanjung Dawai. Perjalanan rasa cam jauh sangat, kalau tengok pada signboard, Sg Petani ke Tanjung Dawai 30km jer...mungkin kerana melalui jalan yang sempit, jalan kampung. 

Cuaca masih lagi hujan gerimis bila kami tiba di daerah Kuala Muda. 
Bila sampai di Tanjung Dawai ni, tempat parking pulak dipenuhi air dan berlecak. Alang-alang dah sampai redah aje la...kat sini ada Arked Tanjung Dawai yang menjual berbagai jenis hasilan laut. Dari sekecik hingga sebesar-besar ikan...sesiapa yang berminat dengan ikan kering, ikan bilis, belacan, pekasam...ermmm ini lah tempatnya. Aku takde berminat sangat, sekadar beli seketul belacan fresh dan jugak ikan pekasam. Tak pernah makan ikan pekasam pun, tapi bila tengok cam kecur liur jer...tapi kesian, ikan tu masih lagi bermukim dalam peti ais tu...
Ni Jeti Tanjung Dawai. Kat Jeti ni boleh naik bot untuk ke Pantai Merdeka di sebelah sana. Tak sampai 10 minit boat ride, dengan tambang rm2 sahaja. Kami tak berkesempatan nak naik kerana masa tu pun jam dah pukul 6 lebih. Kami kena keluar cepat dari Tanjung Dawai sebelum malam...almaklumlah...tempat yang tak biasa dan keadaan jalan yang agak mencabar, dengan takut sesat lagi. Alhamdulillah, kami sampai ke pekan Sg Petani menjelang waktu maghrib.
Pemandangan dari Jeti Tanjung Dawai.

Inilah boat untuk ke Pantai Merdeka. 
*Kuukir namamu
Di awang Gunung Jerai
Disaksikan laut daun nyiur melambai
Jauh pandangan permai
Di situ Tanjung Dawai
Terkenang peristiwa
Cinta kita terurai

Oh! Indahnya... peristiwa...
Cinta kita di Pantai Merdeka...
Oh... oh...******

Hahaha...ingat tak lagu cinta pantai merdeka ni? Lagu nostalgia, kenangan mengusik jiwa...
Keesokan harinya, pagi-pagi lagi kami ke Butterworth untuk mencari jeruk. Kami ke kedai pakcik ni lagi....masa first datang Penang hari tu, kami ke kedai dia, pakcik ni masih lagi peramah giler...dihidangkan jeruk dan air mineral buat kami. Seronok memborong jeruk dengan orang yang tak kedekut. Siap bagi free lagi...semoga pakcik akan dimurahkan rezeki...
Ni view masa on the way nak masuk hiway dari Butterworth. Cantikkan..? kali ni kami tak masuk ke Pulau, plan tu memang ada, tapi atas sebab-sebab yang tak dapat dielakkan, terpaksa melupakan niat hati. In sha Allah, di lain kali ke Utagha lagi....

2 comments:

Roslan Putra said...

jeruk mak andak terbaik... harga murah berbanding kt lain....

SH said...

yer, jeruk mak andak memang terbaekk...murah dan pemurah...

Featured Post

Manggo chilled cheese cake

Assalamualaikum Tak tertahan godaan untuk menikmati manggo cheese cake ni. Terbayang2 di mata tak kala terpandang pada dinding FB seseo...