December 29, 2010

Triffle






Alkisah nk buat triffle ni kerana butter cake yg kubuat terlampau la manis sesangat....so tk tahu nk buat ape,tkkan nk buang plak kek tu kan? so tiba2, toing timbul idea nk buat triffle ni....so tinjau2 la resepi kt tenet...skali sangkut ngan resepi bawah ni....

TRIFLE

Bahan-bahan ( 5-7 )
• 1 tin susu cair
• 1 sd besar gula
• 4 sd besar tepung kastard
• 1 mangkuk air- utk dicampurkan dengan kastard
• ½ biji kek gulung sederhana saiznya (butter kek, potong kecik2)
• 1 tin buah-buahan campur- asingkan air dan buahnya (tropical fruits)
• 1 peket agar-agar jeli kristal Nona
• 1 mangkuk air panas
Cara-cara

1. Panaskan susu cair dengan gula. Kecilkan api.
2. Bancuh tepung kastard dengan semangkuk air sejuk. Masukkan bancuhan tadi ke dalam susu cair yang sedang mendidih, Masak hingga betul-betul pekat dan kastard pekat. Tutup api.
3. Di dalam bekas berasingan, susunkan kek gulung sehingga habis. Kemudian, basahkan dengan air buah-buahan tin.
4. Masukkan buah-buahan tin hingga habis. (saya tuka, step ni ke no 5, step 5 ke 4- hehehe...)
5. Tuangkan bancuhan kastard ke atas susunan buah-buahan tadi.
6. Untuk jeli, larutkan jeli bersama semangkuk air panas. Kacau hingga sebati.
7. Akhir sekali, tuangkan jeli tersebut di atas kastard dan sejukkan. Bila betul-betul keras, bolehlah dihidangkan

2 comments:

MaDiHaA a.k.a Ratna said...

salam perkenalan SH..
jumpa di blog explore trengganu.. SH org dungun ye? saya pun asal sana gok... SH kerja di Ernst & Young? kazen sy ada sorang keje situ... what a co-incidence.. slmt berkenalan ye...

SH said...

Salam perkenalan Madiha...

ooo yer ker...? sapa name kazen tu...hehehe...Madiha dungun kt maner, sya kt Sura hujung...blog madiha happening betul tp tk leh komen lak kat situ...jengok2 la slalu yer...TQ!

Featured Post

Juadah2 Syawal 2017

Assalamualaikum  Syawal 2017 sudah berlalu pergi meninggalkan kita. Semoga dipanjangkan usia untuk dipertemukan Ramadan dan Syawal 2018...