December 10, 2013

Desa Dairy Farm, Mesilau, Kundasang

Assalamualaikum...

Letih dan lelah dah hilang, so jom kita jalan2...time tu dah agak lewat, gamble jer pergi sini, ngam2 kitaorang smpai kat pondok tiket tu setengah jam jer lagi nak tutup. Lega dan gembiranya hati bukan kepalang...tapi cuaca sebelah petang agak berkabus, tak dapat menikmati pemandangan yang cantik waktu ni...entrance fees -rm4 per head.
 
Ladang Desa Dairy ni memang destinasi popular di kundasang. Kalau dah sampai kundasang rugi kalau tak melawat lembu2 yang comel dan gebus di sini. Bayangkan juga anda berada di ladang tenusu New Zealand, fefeeling sesekali ape salahnya...hehe..
 
Jalan masuk ke Desa Dairy ni agak teruk, berbatu2 besar kecil dan tajam, silap haribulan boleh pancit tayar. Lori lalu lalang ke tempat construction di dalam tu..tu jer yang spoilkan mood nak ke sini, kalau ikut hati nak pergi lagi pada keesokan harinya tapi takut sangat nak ligan siviva tu, dah la kete lowered amat, asyik bergesel dengan jalan jer...pengalaman betul..

Menoleh ke arah jalan yang bakal dilalui ke Desa Dairy Farm...(kalau dapat ligan kete depan tu kan best...leh lasak skit...)

Jalan masuk ke DDF...jalan berbatu dan berdebu...bawak kete 20km/h sambil menikmati pemandangan yang berkabus...kalau ada kete yang nak laju sangat tu, bagi jer laluan kat dia...

 Dropkan anak bujang kat sini..depa nak ambik gamba lembus tu...so kasi can la...
Adalah jugak dia ni ha....walaupun tak banyak sangat berkeliaran, boleh la...asalkan ada watak utama ni dalam cerita ini...
 Watak no 2...Fresh milk ni jangan lupa beli yer....terbaik dan segar dari ladang...

Masuk dalam ni beli susu dan gak fridge magnet. Takleh duduk lama2 nanti semua benda nak diborong..


Kalau cuaca bagus leh nampak Gunung kinabalu...kalau datang pagi best la kot,  lembus yang dilepaskan lebih banyak berkeliaran memagut rumput di padang...haha...
 
Dah puas melihat sekeliling dengan udara yang sedikit tercemar dengan perfume semulajadi lembus, time to gerak back to KPR. Hari pun dah senja, terpikir nak dinner ape malam ni yer...
Singgah KFC kat pekan Kundasang, borong KFC barang seketoi dua...hahaha...malas nak explore pekan mencari makanan lain...tu jer yang mudah, fast food.
Adventure betul turun tangga ni nak ke bilik kami. Kesian mok...laluan menurun bukit tu lebih ok tapi saje nak lalu sini...
Watak no 2 yang menang dalam cerita ini....lazat dan berkhasiat. Tak cukup sekotak sorang...

to b continue...sabah bah...

December 6, 2013

KUL-BKI (Sabah bah)

Assalamualaikum...

Trip ke Kota Kinabalu, Sabah pada 16 Nov-19 Nov. Tak terlintas di hati nak bercuti lagi tapi ajakan anak2 yang beria mahu ke Sabah setelah menonton Munir dan Diana Amir (TV Alhijrah) mendaki gunung Kinabalu. Cair gak hati ibu ni, bukan selalu pun dapat bercuti dan bersama anak2 (waktu untuk berkumpul begitu hanya pada cuti sem sahaja)..tambah2 lagi siadik yang akan masuk belajar pada 26 Nov. Trip ini juga bagi menggantikan plan trip ke Langkawi yang terpaksa dibatalkan atas sebab2 tertentu. Bila kata putus dicapai, bonda dari kampung akan datang ke KL pada 14 Nov...ooohh cantik sangat...first thing, tempah belon dulu untuk ke sana, so flight ditempah dengan bonda tercinta sekali...4 of us...
 
Bila dah plan last minute, mane tak kelam kelibut jadinya siibu ni..nak mencari info pasal hotel (booking 2 hari sebelum ke sana), pasal kereta sewa, pasal tempat2 menarik nak pergi, serba serbi la...semuanya last minute dalam masa seminggu jer study pasal Sabah. Maklumat dah tentu di hujung jari sahaja. Syukur semuanya berjalan lancar dan hotel yang diidamkan pun masih lagi ada kosong. Intenary semua buat sendiri dan berpandukan sedikit info dari blog2 travellers yang dibaca.

Ini kali ke 2 ke Negeri di bawah Bayu, pertama masa join office trip pada tahun 1998 dahulu...hahaha...lama betul tu, semuanya dah samar2...KK mesti dah banyak berubah..tapi akan kami cuba terjah bah...

Awan nano di ruang udara Sabah. Flight seawal 6.45am dan selamat mendarat pada pukul 9.20am...Cuaca cantik...subhanallah...
Pulau ape ntah ni, siadik yang snap gamba ni pasal dia duk tepi tingkap.

Selamat mendarat di KKIA, terus sms En Shahril empunya kereta yang telah ditempah untuk 3 hari. Mana dapat info pasal En Shahril ni? Bila digoogle, nama En shahril ni begitu popular dikalangan bloggers yang dah ke Sabah. So tanpa berfikir panjang terus jer SMS dan begitu cepat dapat jawapan dari dia. Cuma bagi nama penuh, waktu ketibaan. Urusan mudah yang amat, En Shahril cuma ambik gambar ic dan lesen menggunakan hp dia, pastu bayar dan kemudian serah kereta. Tak perlu sign menyain bagai. Ambik kereta, minyak masih lagi ada half tank (kami pulang kereta dengan half tank jugak)..

Trip ni memang redah kasi pecah jer...hahaha...semuanya mengharap pertolongan GPS hp...80% bergantung kepada Gps Hp..so kena makesure power bank pun penuh dengan power.

Rumah Terbalik,Tamparuli

First stop on the way to Kundasang. Rumah terbalik yang agak unik tapi tak menarik minat nak masuk ke dalam. Entrance fees - RM10 per person so ambik gambar dari luar sudah memadai. Tujuan singgah yang utama mesti lah nak mengisi perut yang dah lapar yg amat. Kami brunch di Mango Garden Restaurant. Layanan bagus, kedai bersih dan harga cam KL la lebih kurang.

 Rumah terbalik dari luar.
 Kancil terbalik. Sikbaik tak pening sang kancil tu...
 Mango Garden ni sebelah rumah terbalik.

Nasi goreng kampung Sabah...rm8. Ni jer yang sempat disnap. Total makan untuk 4 RM54.

Perut dah kenyang kami pun bergerak ke Kundasang. Pemanduan yang akan mencabar dengan keadaan jalan yang mendaki dan menurun bukit, berselekoh tajam. Jalan agak sibuk dan sesekali terpaksa mengekor lori yang memanjat bukit. Semakin menghampiri Kundasang, semakin dingin dan nyaman udaranya...singgah di Kinabalu Park seketika...fees masuk rm4 per person. View Gunung Kinabalu tidak kelihatan kerana dilitupi kabus. Masing2 dah penat so jom kita check in...

Kinabalu Pine Resort, Kundasang.

Kali ke 2 di daerah ini. Tak sangka dapat jejaki buat kali ke 2...alhamdulillah...tahun 1998 ikut office trip, masa tu stay kat Perkasa Hotel, Kundasang. Hotel ni cuma 100m dari KPR. So ubah selera ke Resort yang menjadi idaman sejak dari Semenanjung lagi. Last minit booking so yang ada cuma Standard Room dengan harga Rm210 per night. Ok la...grab aje la...untuk semalaman aje pun...janji impian terlaksana...haha...

Jom layan KPR.

 Jalan masuk ke KPR. Reception di situ..
 
Salah satu blok bilik di KPR. Kami dapat block D, terpaksa menuruni bukit atau menuruni anak tangga dari blok atas tu. Walaupun berada agak ke bawah, tapi tetap dapat menikmati view Gunung Kinabalu yang superb. Indah sungguh kejadian Alam...Subhanallah... Tangga dari atas untuk turun ke bilik kami.
 Blok D


Katil queen...boleh request extra blanket. Diorang tak kedekut, dapat 2 extra blanket. Suasana malam yang riuh rendah dengan suara guest. Kitaorang jer melepak dalam bilik berselimut kesejukan.
 Lupa nak buat lawatan sambil belajar ke rumah rabbit ni....
Pilihan ke 2, dari Reception, menuruni jalan ini untuk ke Blok D...turun ok, naik tercungap2 sudah semestinya..
Rumah orang kampung yang mengadap blok kami.
 Jalan masuk ke KPR.

 Masing2 sibuk dengan hp. View point KPR. Petang yang berkabus...
Siabang dan siadik..
View Mount Kinabalu dari KPR. Waktu ni pagi dalam pukul 8 camtu so boleh nampak Gunung Kinabalu dengan jelas sebelum dilitupi kabus. So nice view...subhanallah...
 View from KPR
 View from KPR

 View from our room.
Bunga2 mekar di KPR...tapi jangan cuba untuk memetiknya, kerana ianya telah disembur racun (amaran dari KPR)...
Jalan utama ke Ranau dan Sandakan...pagi Ahad yang agak lengang...
 
Bersambung untuk aktiviti seterusnya di Kundasang..
 












December 4, 2013

Melaka dan Johor

Assalamualaikum...

Lamanya tak mengarang panjang2...blog SH cam dah tak wujud jer...sign up pun jarang2...bukak tengok pun kadang2...kejam2....
Mungkin takde modal nak bercerita, (lebih baik diam dari omong kosong) nak sembang pasal masakan, dapur pun dah lama tak berasap...hahaha...(dasar ibu mithali), nak sembang pasal baking, oven pun dah lama tak membakar...business dah tutup secara tidak rasmi tetapi rasmi pada aku...(camane tu)...

Melaka destinasi bersama 2 anak bujang tersayang pada 8-9 Nov lepas. Dah beberapa kali ke negeri ini, dah tak leh bilang ngan jari, dah lupa, tak pernah puas ke sini, Negeri bersejarah yang best.

Gerak dari rumah seawal jam 8 pagi. Sampai saje di Bandar Hilir terus parkir kereta di sebelah balai polis berdekatan dengan Muzium Samudera. Terus ke deretan kedai cenderamata di hadapan Muzium Samudera dan isi perut yang berkeroncong lagu dondang sayang. Breakfast cum lunch (lauk ikan merah asam pedas tapi sayang kurang 'kaw' asam pedasnya)...tapi cukup mengenyangkan..(kes lapar yang amat).

Pastu jom jalan2 cum brisk walking...

 Sungai Melaka..


Cruise Sg Melaka, pepagi memang tak ramai orang, tapi plan nak cruise di malam hari la konon...nak tengok lampu2 neon sepanjang sungai tapi lain pulak jadinya...tengok orang Q nak dekat 1km so batalkan niat nak bercruise...ada alasan untuk ke Melaka lagi...
Tumpang lalu, nak ambik gamba jer yer...tak masuk pasal dah masuk dulu...cukup cukup sudah sekali jer...



Istana Kesultanan Melaka...haaa...sini kitaorang masuk. Penuh dengan rombongan budak sekolah. Takper la sesekali rasa diri cam cikgu bawak rombongan...hahaha...
 Kaki yang tak penat berjalan...3 of us...



Pics from google (hujan tak dapat snap)

....tapi kaki itu tetap tahu erti penat dan limit dia, terutamanya siibu yang dah 4 series ini...so nak hilangkan penat, terus check in hotel yang dah dibooked sehari sebelum ke Melaka. Syaz Meridien yang mengadap Selat Melaka tapi sayang kawasan pantai dipagar. Mungkin kerana ada construction going on kat Pantai. Overall hotel ni OK and recommended sangat2 utk low cost Traveller cam saya ni...Cost per night stay RM165. Jarak hotel ni dekat sangat dengan town, dalam 5 minit jer (berkereta) untuk ke Menara Taming Sari dan kawasan sewaktu dengannya. Best...

1 double bed and 1 single bed.

Bilik air pun bersih jer...

Aktiviti malam diteruskan dengan meround Bandar Hilir lagi. Hajat nak naik cruise tak kesampaian....ambik gambar sungai Melaka di waktu malam tapi dengan camera HP sahaja. Semua gambar dengan camera HP cap S4..hehe...aktiviti wajib di Melaka, berjalan2 di Jonker Walk...anak2 bujang yang excited terlebih, borong baju beberapa helai di sini....

Image from Google.

Penat berjalan, terus balik hotel. Sibujang berdua keluar balik ke uptown. Siibu tertidur kepenatan...

 
Esok harinya hujan masih lagi membasahi bumi Melaka. Pukul 9 lebih check out dan breakfast di Mydin. Sedang menjamu selera,  siabang lak melontarkan idea ajak ke JB. Ibu on aje la...patut semalam tu ke JB dulu, pastu baru singgah Melaka...semuanya last minit plan, nak buat camane....destinasinya ke Johor Premium Outlet. Siadik memborong baju dan seluar untuk masuk belajar nanti. Siabang pun sama untuk dipakai masa praktikal nanti, siibu tengok aje ler...rembat 1 wristlet Carlo Rino for my sis birthday gift...

Alhamdulillah...bertolak balik 3pm sampai umah 7pm. Short gateway tapi seronok bersama anak2...spend quality time together.
 
 

November 26, 2013

Melaka, Johor dan Sabah

Assalamualaikum...
 
InsyaAllah, cerita2nya akan dikarang kemudian.
(sejak bila blog ni bertukar jadi travel blog...hahaha)


 

 

Featured Post

Rezeki Rembayung - Jan 2026

Assalamualaikum. Lamanya tak update Blog. Rasa nak bersara dah dari berblog tapi nak kubuang, terasa sayang. Nak kusimpan, malas nak mengara...