August 30, 2016

Cream Puff filing Kastard Durian


Salam Selasa 30 August 2016

InsyaAllah esok 31 August hari Kebangsaan Malaysiaku yang ke 59. Semoga Malaysia terus aman makmur dan sentiasa dilindungi oleh Allah. Aaminn..

Kejadian cream puff ni pada hari minggu lepas bila anak bujang menyuarakan rasa hatinya nak makan doyan. So otw pergi Sg Buloh nampak ada orang jual doyan so kita pun benti lah...4 biji dalam 50rgt..ok la nak...makan la puas2...ibu ni sikbaik bukan penggemar tegar durian hashtag #antudurian. Seulas masuk mulut ok lagi, lebih2 maaf la...tak minat sangat makan raw camtu tapi kalau kejadian durian tu bertukar kepada seri muka durian ker, crepe durian ker, serawa durian ker...hohohoo..laju je la ibu ni ngadapnya....

Alhamdulillah, ada balance sikit dapat lah menghasilkan cream puff ni...tq kepada empunya resepi....Terbaik lah..





RESEPI PUFF DURIAN
sumber : kak.madiha
olahan : hanamemories.blogspot.com

Bahan-bahan
Bahan Pastry 

·                     100g butter
·                     250ml air
·                     150g tepung gandum - diayak
·                     3 biji telur gred A - jika gred B 4 biji
·                     secubit garam

Bahan Inti Kastad Durian 

·                     2 sudu besar tepung kastad
·                     4 sudu besar gula
·                     1 cawan @ 250ml susu segar
·                     1 biji telur
·                     1 sudu besar butter
·                     1 sudu besar isi durian - jika suka boleh lebihkan

Cara-cara 

Untuk penyediaan inti kastad durian : Campurkan semua bahan ke dalam periuk. Kacau sebati. Masak di atas dapur dengan api perlahan sehingga pekat dan likat. Matikan api dan sejukkan.
Dalam periuk lain, satukan air, mentega dan garam.Masak hingga air mendidih dan mentega cair. Masukkan tepung dan kacau pantas sehingga menjadi doh. Angkat dan ketepikan sehingga suam.
Panaskan oven suhu 200C. Lengser dulang pembakar dengan mentega atau alas dengan baking paper.
Masukkan doh ke dalam mixer dan masukkan telur satu persatu sambil memukul dgn kelajuan sederhana hingga menjadi pes yang lembut.
Masukkan adunan ke dalam piping beg dan menggunakan nozel bintang,Paipkan di atas dulang. 
Bakar 20min atau hingga keperangan. Sejukkan di atas redai.
Untuk penyediaan puff durian - Belah puff tanpa putus. Masukkan/paipkan inti kastad, buat sehingga habis dan boleh lah dihidang.


2 comments:

LadyBird said...

Salam akk.. 😍😍😍 msh ingtkn lady? Sedapnye kuih ni.. Lembut2 je isi dlmnye..

SH said...

Salam Lady, ingat lagi. Cuba la buat Lady..

Featured Post

Surabaya - Day 2 - Bromo Tengger Semeru

Assalamualaikum - sambungan kisah permusafiran kami dari Surabaya ke Bromo. Alhamdulillah...selamat sampai ke Probolinggo pada jam 2 pa...