August 26, 2016

Pontian, JDT

Assalamualaikum...

Kalau tiada urusan rasmi, rasanya tak pernah terniat dan terfikir pun untuk ke Pontian lagi...cukup lah sekali pada NOV 2015 dulu. Namun itu lah perancangan kita tidak sama sekali dapat menghalang ketetapan Ilahi... siapa yang mampu menghalang kan.

Perjalanan 2 beranak ke Pontian bermula seawal jam 7 pagi pada 7 August, Stop sekejap di Petronas untuk pam tayar dan beli roti, milo kotak untuk mengalas perut. Perjalanan lancar, Alhamdulillah...

Exit Simpang Renggam dan bermula la melalui jalan kampung yang agak sempit dan mencabar. Perjalanan rasa cam jauh sangat dan akhirnya, syukur bila dah masuk Pekan Pontian...jam masih awal tapi perlu cari hotel terlebih dahulu sebelum JJCM Pekan Pontian.

MD Pontian
Jumpa signboard ni, turn right pastu sebelah kiri jumpa la Hotel Pontian
Pantai Pontian, batuan yang ditambak
Sampah bertaburan tu perbuatan segelintir yang tak bertanggung jawab
Tak berani nak meniti batu batuan tu turun ke gigi air

Tambak Pontian, lepak2 tengah laut
Jeti nelayan
Hotel Pontian, bilik bersih dan selesa, walaupun old skool je..3*
Ada a few hotel dalam kepala tapi bila tengok je Hotel Pontian terus jer, ok la stay sini la...malas la nak survey2 rates bagai. Lagipun nampak kedudukan hotel ni dekat dengan tempat urusan 'rasmi' nanti. Ada giant kat sebelah dan jugak mamak...hehe..luckily boleh guna corporate rate office so dapat la diskaun 10%. Better than nothing kan? Rates agak mahal tapi breakfast included...bfast biasa2 je tapi ok la untuk alas perut...total untuk 2 malam, RM271...ermm...no choice...zasss aje la kumpul hutang dengan #alongkepalarimau...hehe..

xde masa pun nk duduk santai2 sini...alih kerusi dan meja tu untuk jadikan tempat solat. Kalau tak memang sempit
Bilik air Ok, semua ada termasuk la berus dan ubat gigi
Room 1135, view jalanraya
Merenung ke lautan lepas
Selepas settle hotel, perlulah membuang masa terlebih dulu sebelum check in time pukol 2pm. Nak check in awal boleh je tapi kena bayar beb...its not free. Kalau check out awal tu takde lak dipulangkan duit kita ekk? Ermmm...lepas isi perut kat kedai mamak, kami pun jalan2 ke pantai, tengah panas cing2...pastu sibujang cakap jom la kita ke Tanjung Piai...ooo why not, bukan senang nak sampai sini kan....Ok la...kata siibu. So drive to Tanjung Piai (Kukup)..dalam 20KM camtu. Dah masuk simpang (kiri) dari balai polis kami waze aje, mane nak ingat jalannya walaupun ada sign board. Kenangan betul area2 sini...masih kuingat lagi..

View belah kiri bila nak masuk ke Taman Negara Tanjung Piai, penghujung Benua Asia






Cuaca cukup indah dan nyaman sekali, baru lepas hujan time ni..
Masa datang dulu tak jalan ke sini, so kali ini kami ke sini tapi tak sampai hujung ..haha...dasar malas nak jalan
Cuaca mendung selepas hujan
Ni laluan ke globe tapi kami sampai kat sini jer...haha...dah pergi sekali malas nak repeat...terukkan..Then buat ape bayar masuk RM5 tuh?..
Sekejap aje dalam tu, pengunjung pun tak berapa ramai, mungkin hari bekerja bagi Johor (Ahad), lagipun takde yang menarik, pokok2 bakau dengan bau lumpur jer...tapi view laut tu superb la..Subhanallah...kalau cuaca terang boleh lambai2 orang kat Pulau Karimun sana..hehe..Dah keluar dari situ, kami ke Tanjung Piai Resort, saje nak tinjau-tinjau kawasan. Cam YB lak...hehehe.. 
Kebetulan pulak masa tu ada program ape ntah kat Resort ni, so ramai la ummah yang baru nak check in, for sure fully booked. Niat nak stay sini memang takde la, cos jauh dari bandar dan tempat urusan, mungkin next time? 
Jeti Nelayan Tanjung Piai
Tanjung Piai Resort atas air
Jeti 
Gambar2 cam sendu jer, maklum la HP cap ayam
Selamat Datang 
Keluar dari situ kami singgah di satu kedai tepi jalan belah kiri. Kedai keropok lekor tapi kebetulan hari Ahad tu diorang tak buat keropok lekor. So beli jajan lekor chips bawah ni. Beli ni sepeket aje, sekali hambek ko, dah masuk mulut payah nak stop. Mana nak cari ni kat KL nih...?


Tak Henti Mengunyah
Keluar Ingat nak menyinggah lagi ke kampung nelayan Kukup tapi badan dah penat sangat terus ke Pekan Pontian dan check in. Lega dapat baring-baring lepaskan lelah.




No comments:

Featured Post

Surabaya - 1 - 4 Sept 2017

Assalamualaikum... Alhamdulillah, satu daripada impian dan angan2 sudah tercapai. Terima kasih Allah kerana mengizinkan kami menjejakka...