October 9, 2015

Kek Gula Hangus, mudah dan sedap

Assalamualaikum...
Salam Saiyidul Ayyam, Jumaat penghulu segala hari.
Alhamdulillah...syukur untuk segala rahmat dan nikmat Allah. Tak terhitung dengan jari nikmat Allah, nikmat mana yang perlu kau dustakan...nikmat terbesar ialah nikmat sihat dan selera makan...ermm....bila tengok makanan, makanan masuk mulut tak beringat kan? hahaha...
Ok la....bertazkirah lak pagi2 ni...nak share resepi yang debommm ni, 1st time cuba, ghoper itu jadinya...ok ke tak ok? boleh la....sila perhatikan betul2 keratan rentas itu...hahaha...over la sgt..


Resepi saya cedok dari blog Masam Manis, Resepi asal: Bonda Kak Nor, secubit garam kot...Nak mintak izin copy paste sini...tapi sape nak lebih details, siap dengan gambar lagi, sila lah gugel blog beliau. 

KEK GULA HANGUS
Resepi Oleh : Bonda Kak Nor
Rujukan : Kak Nor

1 1/4 cawan gula halus
1 cawan air panas
125gm butter
4 bj telur A
1/4 cawan susu pekat manis
1 cawan tepung gandum
2 sudu kecil soda bikarbonat

1 sudu teh esen vanilla

Mula-mula kita cairkan gula dahulu untuk menbuat gula hangus.
Ita suka cairkan gula dalam pan leper. Ratakan gula dan biarkan gula mencair dengan api yang perlahan. Jangan kacau sebab nanti ia berketul-ketul. Tapi pastikan api perlahan dan pastikan gula tidak hangus.
Bila gula dah cair barulah tuangkan air panas. Jika guna air panas dia kurang sedikit merecik berbanding air sejuk.
Bila dah cair sejukkan. Ita tunggu dia betul-betul sejuk dan mencapai suhu bilik.

Dalam bekas periuk kecil yang lain, ita cairkan mentega
Kemudian sejukkan juga hingga mencapai suhu bilik

Bila mentega dan gula dah sejuk, barulah ita sediakan bahan yang lain.
Pecahkan telur dalam bekas dan kacau hingga telur cair dan rata, jangan pukul ya.. cuma kacau dengan senduk kayu hingga ia cair dan rata
Kemudian masukkan susu pekat. Susu ni juga ita biarkan ia pada suhu bilik ( bukan sejuk dari peti ais)

Kemudian kacau rata perlahan aje
Bila dah rata, masukkan mentega cair, dan kacau rata perlahan juga
Ita tambahkan esen vanilla
Kemudian ayakkan tepung dan soda, Kacau rata perlahan
Akhir sekali tuangkan gula hangus, Dan kacau rata

Tuangkan di dalam loyang 7x7 inc yang telah di lapik kertas pembakar dan di oleskan sedikit butter
Kemudian perap aduan ini 3 hingga 4 jam. Lagi lama perap lagi cantik lubang-lubangnya .
Ita letak atas meja aje... dan ita biarkan selama 5 jam
Bila dah 5 jam di perap barulah masukkan di dalam ketuhar yang telah di panaskan terlebih dahulu 15 minit pada suhu 170C dengan hanya api bawah sahaja yang di on.
Bakar selama 45 minit. 5 minit terakhir ita buka api atas dan bawah

45 minit tu kek memang dah masak dah.. kalau tak masak lagi panaskan semula.
Bila kek dah masak keluarkan dari oven dan letak atas redai
Tunggu kek sejuk sebelum di potong.

p/s - Saya perap selama 3 jam sahaja. Nak menunggu mata pun dah mengantuk, esoknya nak kerja. Kalau buat weekend mungkin boleh perap lama lagi..

Sekian, bake and Enjoy!

No comments:

Featured Post

Surabaya - Day 2 - Bromo Tengger Semeru

Assalamualaikum - sambungan kisah permusafiran kami dari Surabaya ke Bromo. Alhamdulillah...selamat sampai ke Probolinggo pada jam 2 pa...