October 7, 2015

Cameron Highlands (random photos) - Trip 27-28 April 2015

Assalamualaikum...

Standard la belek2 pictures terjumpa la gambar2 CH ni yang rasanya belum diupload kat blog lagi,,,,rasa sayang pulak kalau pics ni terperap jer dalam folder.
Actually, trip CH ni sepatutnya sambungan daripada trip Sunset di Pantai Jeram and Sekinchan tengok padi tu. Ini kerana selepas menengok padi kami yang sangat2 perasan tourist dan tinggal 'jauh' la sangat nih telah check in di sebuah hotel di Kuala Selangor. So after checked out next day, kami merangka strategi lagi la, memandangkan siibu yang masih 'on leave' dan sianak bujang yang sem break. Anak bujang ajak JJCM ke Penang, pertengahan jalan boleh lak tukar destinasi ke CH ni...haha...

Trip tanpa dirancang, main terjah redah jer, lagipun hari Isnin, weekdays, so tiada apa yang perlu dirisaukan. Kalau ke CH kami prefer ikut Simpang Pulai, jalan lagi Ok dan tak berapa sibuk.

Masuk aje CH terus ke Boh Plantations, Sungai Palas nih, tapi kecewa kerana hari Isnin TUTUP. So tak boleh masuk la...amik gambo kat luar aje ler...been here before so takde la frust melampau..
Sg Palas Boh Plantation
Entrance Cameron Lavender
Cameron Lavender. Singgah sini masa otw back to KL
Bunga-bungaan, kuning dan merah

Entrance 
Lavender 




Lavender lagi
Petunia, teringin nak tanam bunga nih
Menjamu deria mata tengok ladang teh yg menghijau



Kea Farm di awal pagi, ummah masih belum ramai waktu ini. Beli jagung dan ubi rebus, marvelles

Bharat Tea dalam hujan rintik, banyak anjing kat bawah tu takut nk turun..

Bharat Tea Plantations, Tanah Rata (edited - Iphone5 camera)
strawberies - RM30 per kg...own plucking
Memetik strawberies di dalam hujan



Travel weekdays sangat2 recommended ke CH ni, Serik datang weekend/PH, traffic jem semestinya selain daripad crowded. Weekdays di CH memang sesuatu yang best. Selain daripada boleh escape crowds, hotel pun boleh main terjah jer, tak perlu susah payah nak booking bagai. Tempat2 menarik pun tak ramai orang, boleh berjalan dengan aman damai...hehee. CH pulak serius sejuk giler ditambah dengan hujan sepanjang petang kedatangan kami tu...menggigil berselimut kesejukan. CH memang ohsem! 

Featured Post

Manggo chilled cheese cake

Assalamualaikum Tak tertahan godaan untuk menikmati manggo cheese cake ni. Terbayang2 di mata tak kala terpandang pada dinding FB seseo...