May 16, 2014

Tengok Gajah @ Kuala Gandah

Assalamualaikum..
 
Last minute plan dengan anak2 pada Mother's day yang lepas...luangkan masa bersama mereka berjalan mengenali tempat orang dan semestinya mengenali gajah.
 
Tak susah pun nak ke sini...perjalanan dalam sejam setengah, Karak Hiway pastu masuk LPT exit Lanchang. Dah bayar tol terus, masuk kanan ada signboard pastu follow jer signboard tu...dalam 12KM dari tol Lanchang. Jom layan gambar...
 
Masuk dalam tu dulu untuk register. No entrance fee tapi sedekah la untuk gajah seikhlas hati...

Selamat datang ke Pusat Konservasi Gajah Kebangsaan..


kalau lapar boleh singgah sini makan...Local fried rice dia sedap...RM5 kalau tak silap.
Pintu masuk..

Banyak pondok camni kat tempat ni...kalau datang awal, ada la port untuk lepak, santai2...

Nampak tak gajah sana tu...tu baby elephant.

Ni yang 1 kaki cacat ni..dia guna belalai dia untuk support badan yang berat tu...kesian sangat.

Ni yang paling baby rasanya...comei sangat...

Semua tak sabar nak makan

Tebu seikat RM3. Ada jual pisang gak..


Yang berpagar tu laluan gajah untuk ke Sungai...jom kita tengok gajah mandi.

Dia mai dah...6 ekor betina dan sekor jer jantan. Ini menurut kata penunggang gajah tu la...sebelum show pada pukul 2pm, diorng dibawak ke sungai dulu untuk sejukkan badan...maklum cuaca hari tu panas amat.
eee tak sabar nak berendam ni..

3 ekor dah turun mandi di sebelah sana, tak nampak. Yang ber4 ni pulak sebelah sini...leh la amik gambo deme...hehe...

Cari port cantik dulu...

Duduk...duduk..mendengar kata gajah2 ni tau..

Gosok jangan tak gosok. Sayang tuan dia kat makhluk Allah ni...

Oiiitt....duk ngintai gajah mandi ekkk...masa ni dah tak tahan panas...tu cari tempat berteduh...siap berpayung bagai..


Mereka ber7 tengah buat show. Tak tengok sangat pasai tak berapa nak nampak...ramai betul ummah time ni...lagipun panas tak tahan...

Cuaca hari itu...
Seronok dan enjoy..sesekali back to nature. Alhamdulillah...gerak balik 4.30pm. Lenkali boleh datang lagi...

 
 

No comments:

Featured Post

Surabaya - 1 - 4 Sept 2017

Assalamualaikum... Alhamdulillah, satu daripada impian dan angan2 sudah tercapai. Terima kasih Allah kerana mengizinkan kami menjejakka...