March 6, 2012

Puding Sayang bertaut..

Assalamualaikum dan salam sejahtera


- Jom menjamu mata dengan buah merah ni dulu, buah yang di tanam di Tesco yang sempat dituai semalam..cam berseri jer kalau ada warna merah di mana-mana-kan?
Alhamdulillah kembali bersiaran di alam maya dalam dunia masakan yang penuh keseronokan. Lambat sikit men'update' hasilan dari dapur SH kali ni. Ini atas sebab2 yang tak dapat dielakkan. TQ kawan2 (u know who you r)...yang selalu menunggu masakan terkini dari dapurku yang tak seberapa dan tak selalu berasap ini...;-).

Kali ni buat puding kasih bertaut lagi. Tapi versi kali ni sikit berbeza daripada yang sebelumnya. Sebelum ni buat exactly ikut tuan empunya resepi tapi kali ini, adunan yang pertama tu, aku letak serbuk coklat dan kemudian sejukkan ke dalam loyang square. Bila dah keras baru kuterapkan menggunakan Alphabet cutter tu. Mula2 ingat nak terap 'SH'...cari punya cari huruf H, tk jumpa-jumpa. So terhasil la huruf 'S' sahaja...'S' stand for sayang, puding sayang bertaut pun ok gak kan? Mintak maaf yer...tukar nama untuk edisi ini sahaja....

Resepi kat bawah, for my fren Zu...

source: Naz @ Cute Oven, Small Kitchen

Bahan-bahan A
1/2 paket @ 2 sudu kecil serbuk agar-agar (dari sepaket 10 gm serbuk agar-agar)
300 ml air
200 ml santan (saya pakai susu cair)
1/2 cawan gula
1 biji telur
2 sudu kecil sirap Rose
2 sudu kecil perisa pandan + pewarna hijau
Warna ni boleh ikut selera kita

Cara Bahan A
Masukkan serbuk agar-agar, gula pasir dan air ke dalam periuk dan masak hingga gula dan serbuk agar-agar larut. Kecilkan api.
Pecahkan telur ke dalam santan dan kocak sikit dengan garfu. Tuang ke dalam periuk berisi larutan agar-agar tadi dan kacau sebati dan masak hingga mendidih (beware!! atas api perlahan tau!) Setelah mendidih, tutup api.

Bahagi larutan agar-agar kepada 2 bahagian dan masukkan ke dalam bekas yang berlainan. Masukkan sirap rose pada satu bahagian dan perisa pandan pada satu bahagian lagi. Kacau sebati dan biarkan ia mengeras. Kalau nak puding cepat mengeras, masukkan ke dalam peti sejuk.
Setelah keras, potong agar-agar menjadi kiub-kiub kecil dan masukkan kesemua potongan itu ke dalam satu bekas lain yang lebih besar.

Bahan-bahan B
1/2 paket serbuk agar-agar (lebihan dari paket agar2 di atas tadi, dlm 2 sudu kecil juga)
500 ml air
1/4 cawan gula (saya guna 1/2 cwn brown sugar)
50 gm gula melaka 1 helai daun pandan (disimpulkan)

Cara Bahan B
Masukkan daun pandan ke dalam periuk bersama serbuk agar-agar, gula melaka, gula pasir dan air ke dalam periuk. Masak hingga larut dan mendidih. Tutup api dan tapis larutan agar-agar.
Cara Menyediakan Puding
Tuang larutan agar-agar B ke dalam bekas yang berisi kiub-kiub agar-agar A tadi. Biarkan keras dan boleh disejukkan di dalam peti ais


Moist Chocolate cake ni requested by anak bujang untuk di bawa ke studio LOULpop di Kelana Jaya hari Sabtu lepas. Untuk jamu kawan-kawan makan selepas penat berlatih for BN Youth Music @ the Curve. Well done my son, Adam...

- Jom p lunch-

2 comments:

Azian Elias said...

Salam kenal.. thanks sudi follow.

macam sedap je agar2 tu.

Acik Erna said...

Assalam SH..acik memang suka puding/agar2.tak kisah macam mana pun sume suka

Featured Post

Juadah2 Syawal 2017

Assalamualaikum  Syawal 2017 sudah berlalu pergi meninggalkan kita. Semoga dipanjangkan usia untuk dipertemukan Ramadan dan Syawal 2018...