March 20, 2012

Puree dan kari ayam


Assalamualaikum...

Balik kerja semalam, tak tahu nak masak apa untuk dinner. Dah kekeringan idea dah. Memang hajat di hati tu nak masak kari ayam, dah siap singgah kedai beli kelapa. Tapi kari ayam nak makan dengan apa yer...tertanya2 sendiri....boring sangat asyik nasi aje. Pastu teringat la resepi puree yang aku print dan bawak balik minggu lepas. So ape lagi projek puree pun berjalan dengan jayanya....Alhamdulillah...

Kecik kecik jer aku buat puree ni, menggelembung dengan elok, tengok la keratan rentas puree tu...:P tapi biasa la, ada gak yang tak menjadi...adat la tu..

Puree posing ngan kari...kariku pucat betul. Kali ni rempah kari B takde so pakai la rempah kari A...so itu lah hasilnya....
tapi tetap meletuppp....syukur dengan rezeki malam tadi.

Resepi puree kat bawah ni yer...kredit to tuan empunya resepi. TQVM...

PUREE

(Resepi Asal : Ummizzkitchen)
1/2 kg tepung gandum
200 ml susu segar
3-4 sdb majerin
garam
Cara-cara
Masukkan tepung dalam bekas untuk uli.tambah susu dan garam.Uli perlahan sambil tambah majerin.Uli hingga doh lembut (macam buat kulit karipap tu).
Bahagikan kepada bebola2 kecil (dapat lebih kurang 20 biji)
Simpan dalam bekas.
Bila nk makan...ambil sebiji bebola tadi dan digelek nipis .
Goreng dalam minyak yang panas.
* Mula-mula mungkin puree x menggelembung, bila dah 4-5 kali goreng baru dapat puree yang menggelembung cantik.
*Seeloknya kalau nk makan pagi,bole le buat malam sebelumnya dan simpan dalam peti ais. Bila nk goreng keluarkan dr peti ais dan biar lembut

No comments:

Featured Post

Juadah2 Syawal 2017

Assalamualaikum  Syawal 2017 sudah berlalu pergi meninggalkan kita. Semoga dipanjangkan usia untuk dipertemukan Ramadan dan Syawal 2018...