March 29, 2010

Marble cheese Brownies




Yessss....ni la projek ari minggu semlm...tk smpai 24 jam, brownies ala2 SR ku ini, licin dingap oleh anak bujangku....hmmmm....sedapnyer....hepi sngt ngan projek arini....berbaloi2....TQ sesangt for my sis fren yang kat Dungun sana for the resepi....as well as my sis yang introduce me to this cake last year raya...mmmnngg sedap....

Ni resepinyer...cuba jangan tk cuba

BAHAN2 (Lapisan Brownie)
150 gram coklat
60 gm butter
60 gm gula perang
2 biji telor
1 sudu kecil esen vanilla
50 gm tepung (blue key – tepung kek)
1 pek kacang cashewnuts tong GARDEN (hok kecik jer..)
1 kotak kismis LEGO (hok kecek jer)

BAHAN2 (lapisan cheese)
400 gm cream cheese
100 gm gula
2 biji telor
200 gm yougurt asli
1 sudu besar tepung jagung

BAHAN2 Toping
1 sudu kecik serbuk koko
2 sudu kecik air

KAEDAH2
1.Lapik Loyang (kut panda mg ar size menda) dgn aluminium foil.Panaskan oven 180c.

2.Untuk buat lapisan brownie (PERHATIAN!!!!!KACAU DENGAN SENDUK,)
- cairkan coklat dan butter secara double boil.
- setelah cair angkat dan campur dengan gula perang.
- kacau sehingga gula perang hampir cair.
- masukkan telor dan esen vanilla.kacau sehingga sebati.
- kemudian masukkan tepung, gajus dan kismis.kacau sehingga sebati.
- masukkan ke dalam Loyang tadi.
- bakar selama 20 minit.setelah masak sejukkan.

3.Untuk buat lapisan cheese (GUNAKAN MIXER)
- Pukul cream cheese dan gula sehingga lembut.
- kemudian masukkan telor 1 per 1.pukul sehingga kembang dan sebati.
- kemudian masukkan yougurt dan tepung jagung.pukul sehingga sebati.
- asingkan satu sudu besar adunan cheese selebihnya tuangkan ke dalam lapisan brownies tadi.

4.Untuk buat toping.
- campurkan bahan2 toping dengan satu sudu besar adunan cheese yang telah diasingkan tadi.
-gaul sebati.
-corakkan sesuka hati diatas adunan tadi.
-sedia untuk dibakar selama 30 minit. Suhu 180c.

Setelah masak sejukkan kemudian simpan dalam peti ais.. selamat mencuba!!!
Jgn lupa hulur2 kat I ckit yer.

No comments:

Featured Post

Manggo chilled cheese cake

Assalamualaikum Tak tertahan godaan untuk menikmati manggo cheese cake ni. Terbayang2 di mata tak kala terpandang pada dinding FB seseo...