Selamat hari kemerdekaan ke 63 Malaysiaku!. Alhamdulillah
Cerita Ahad lepas, ajak sibujang pusing2 aje, sekali terposing pulak di Saloma Bridge dan Rumah Biru Kg Baru...haha
Breakfast nasi lemak yang wangi dan sambal dia sedap sangat pada anak tekakku, Nasi Lemak Wanjo Kg Baru.
Mask tu kalau ke mana2 memang akak jarang tanggalkan kecuali untuk makan dan dalam kereta sahaja. Dah jadi kebiasaan sangat dan aksesori yang wajib walaupun kadang rimas dan peluh tak usah nak cerita.
Nak story pasal rumah Biru tu, akak tak ambik gambo curik yer, walau pada mulanya nak masuk parking dan terus nak posing aje tapi rasa cam kurang manis dan kurang adab sopan la pulak. Terus bagi salam (tuan rumah kat dapur di bahagian belakang). Alhamdulillah tuan rumah izinkan. Kalau tengok dari depan rumahnya tertutup aje tapi tuan rumah memang ada je kat belakang.
Tuan rumahnya peramah dan very welcome sangat. Saje la suka2 bergambo depan rumah yang femes dalam drama2 dan pilem ni. Dulu betul2 view KLCC tapi sekarang dah terlindung dek bangunan baru tu.

















































