March 30, 2017

Lemang Tokki, Bentong

Assalamualaikum...

Ni cerita hujung February lepas. Sanggup ke Bentong semata-mata nak makan lemang Tokki, boleh? Dia punya keinginan dan semangat tu kalah nak beli lemang untuk berhari raya. Pukul 9 lebih camtu dah gerak ke Bentong, waze sahaja lah yer, sesampainya di sini, ramainya ummah tengah makan, geng2 bikers jangan kira la, bersusun motor masing2...siap ada live band lagi. Tapi takde lah snap gambar beria, segan aihh...


Kitaorang decide untuk tapau sahaja. Masa tu perut masih kenyang lagi. Beli 4 batang lemang, 2 batang untuk biras yang ke sini pada minggu sebelumnya tapi tak dapat beli cos Q nya sahaja panjang berjela...so teringatkan dia, anak bujang kata, beli la sekali untuk MakNgah, abang belanja...Alhamdulillah...siap beli rendang ayam (actually boleh jer nak jimat masak sendiri tapi biasalah bila benda dah ada depan mata), rendang daging, dan total kerabakan kocek pada waktu itu ialah RM80+. Ok lah kan, dah alang2 datang jauh, makan biar puas hati.


Deretan lemang, tak banyak sangat mungkin hari masih awal pagi dan tak perlu Q pun, datang aje terus dapat apa yang dihajati. Alhamdulillah...

Tapaukan yang ni jugak untuk isi perut di pertengahan jalan. hahaha...sebekas tu RM4.50 kalau tak silap. Overall, lemang dia sedap sangat, lembut dan lemak berkrim, masaknya sekata takde tang keras hangus tu...ermmm dapp...dah teringat balik akan kesedapannya...camane nih? hahaha...harus menerjah Bentong lagi la nih..rendang OKOK jer, boleh laa...
Sedapnyerr

Alang-alang dah mendaki Karak, kami masuk ke sini pulak. Genting Highlands...sakit kaki menekan pedal minyak tapi berdesup jugak siputihku itu naik ke atas.

Tumpang toilet jap kat Resort Hotel ni..sejuk gedi kat atas ni, sapa kata Genting tak sejuk, mai sini try. 

Dapat bermalam sini best gak tapi lemang dalam kereta tu basi nanti...hahaha...



Jalan2 kat luar ambik angin sejuk Genting. Nyaman dan segar tapi kejap jer la, tak tahan hoihh...



Otw turun..1st time drive ke Genting, Ok la tidak lah mencabar mana. Sianak bujang ibunya tak berani nak bagi drive. Belum mahir lagi..

Singgah Mini Cameron ni. Tak banyak benda dan tak ramai orang pun...nothing interesting, kena gi Cameron jugak baru puas hati.

Eskrim stoberi dan stobery cicah coklat
Gambar2 pun tak banyak, tak bawak kamera pun, semua gambar dari HP cap ayam jer...oh yer..lemang tokki ni ada 2 kedai yer kat Bentong. Masa otw balik baru nampak kedai yang satu lagi, kat situ tak ramai sangat orang, next time mungkin boleh pergi situ jer.


















March 10, 2017

Cerita ceriti buat Passport Malaysia

Assalamualaikum...

Saje la nak share pengalaman buat passport. Ahad lepas, 5 March pergi buat passport kat Jabatan Imigresen Kelana Jaya. Mula2 survey jugak la mana tempat yang lebih cepat dan tak ramai sangat orang pada hari minggu. Ada yang suruh gi UTC Pudu la, UTC Sentul la, Putrajaya la...last2 semua tolak tepi, tak nak pening2, decide terus ke Kelana Jaya, ikut hiway tak sampai 10 minit pun dari rumah.

Punya la gigih lepas solat subuh terus gerak ke sini. Sampai sini around pukol 6.45 camtu. Tengok Q, OK la tidak la panjang sangat, nampak dalam 20 lebih orang camtu. Bila nampak ada yang parking kat tepi jalan, so aku pun ikut la join sekali. Dalam hati tu kata, hari ni hari minggu mesti takde saman menyaman ni kot...hehee...
(alhamdulillah...selamat, tapi mungkin juga kerana pagi tu hujan rahmat turun dengan lebatnya, dengan kilat dan guruh lagi)

Brader ni patut Q depan kitaorang, kepenatan agaknya dia pergi duduk situ. Tempat dia, dia suruh helmet yang Q 

Masih gelap gulita lagi kan. Kitaorang Q kat tiang besar tu. Masa ni anak bujang Q, ibu g duduk bersenang lenang...haha


Masih gelap lagi, Line bertambah panjang...nak menunggu pukol 8am, letih gak tu...aku relax lepak atas tangga
Jam 8am, diorang bukak pintu, hah lega. Dapat la no 26, sibujang no 27. Memang pantas dan cekap lah, sorang customer tak sampai 5 minit kot. Kaunter bukak kalau tak silap 4 kaunter je. 
Oh yer, masa kat rumah, melilau gak la mencari tudung warna hitam bcos setahu aku nak buat passport kena pakai tudung hitam (tahun 2015 pernah tgk kat Imigresen Shah Alam) tapi sekarang tak kisah dah tudung warna apa pun boleh....penat jer mencari tudung hitam (tudung hitam memang x suka). Yang lelakinya pulak,  Ok jer pakai round neck tshirt, tak perlu sarung kot bagai. Mana taknya bila dapat passport, usahkan nak nampak leher baju, tengkuk pun sikit aje nampak, Memang gabak muka aje kat passport tu.


Masa tengah2 Q tu, makcik guard sorang ni akan datang dan bahagi-bahagikan form ni. Saat ni la gunanya pen sentiasa ada dalam handbag. Tak perlu sibuk nak meminjam orang punya.
Isikan siap2, kepilkan sekali dengan IC dan kalau nak renew sekalikan dengan passport lama.

Tak sampai 5 minit pun, cop jari kanan, ambik gambar, cop jari kat form, pastu sekali lagi kat pengimbas cap jari tu, then tunggu no dipanggil untuk membuat bayaran. RM200 jumlahnya yer dan dipagi itu terbang la RM400. Nasib siadik dah ada passport, kalau tak..ermmmm...dah bayar ambik resit dan tunggu la dalam masa sejam untuk collect Passport anda.

Sementara tunggu sejam tu kitaorang masuk kedai makan isi perut dulu. Dah dekat2 sejam baru kami masuk, rupanya kami lambat sikit, passport kami dah siap lama pun. Pasal tu la kami tengok yang Q belakang dah berlenggang jalan ke kereta, rupanya diaorang tak tunggu sejam pun baru masuk, pandai kan..hehehe...

Lama berdiri depan kaunter collect tu, baru la staff tu call, sapa pegang resit 102, 103, passport dah siap. Passport siap, petang nanti boleh la terbang, katanya....humakkk aiii...aku ni buat passport jer dulu dan terbangnya bila pun entahlah....InsyaAllahhh....aaminnn..

Dalam pukul 10 cam tu settle semua. Alhamdulillah. 

*recommended datang ke Kelana Jaya ni pada hari Ahad. Parking tepi jalan InsyaAllah selamat. Tak perlu menapak jauh2 dan kalau nak cepat siap, datang la Q sesudah subuh. Not sure kat sini ada limit No giliran ke tak, cos masa kami keluar tu no dah mencecah ke angka 80 lebih dan yang Q panjang tadi tu semua dapat No masing2..

Semoga bermanfaat.



Featured Post

Juadah2 Syawal 2017

Assalamualaikum  Syawal 2017 sudah berlalu pergi meninggalkan kita. Semoga dipanjangkan usia untuk dipertemukan Ramadan dan Syawal 2018...