January 31, 2017

Ambik angin Pantai - Port Dickson - Part 2

Assalamualaikum

Ini lah tempat peraduan untuk satu malam, junior suite family room kat Primaland Water Park..book ni thru booking.com, nampak ok pasal ada water park, boleh la berendaman dalam air sikecik tu...masa booking tu harga RM222 belum termasuk cukai 10 and 6 %. Bila check in all in RM260 + RM100 Deposit. Kebetulan tak boleh guna kad, menggagau mencari cash RM360. Geram betul...dah la nak ke bank bukan dekat, ni area Pasir Panjang yang agak jauh juga dari town. Sikbaik la ada anak bujang boleh la di pau dulu. Overall rating 5/10. Tak berbaloi dengan harga yang dibayar.

Katil double tu untuk sikecik ngan mamanya. Anak bujang sorang lagi tak ikut, cantum semua katil tu 10 orang pun boleh tido...hihi..

Furniture dah macam kat rumah2...yer la nama pun apartment kan

View dari tingkap

TV old fashion, gabak. Takde Astro yer, tengok jer la TV1, Aman Shah nyanyi

Geng baju merah...oppsss..









Selebihnya biar gambar berbicara.

January 20, 2017

Ambik angin pantai - Pantai Cahaya Negeri, Port Dickson

 Assalamualaikum...

Last weekend jenjalan ke PD. Last minute plan, PD bukanlah tempat favourite, tak suka pasal crowded tak kira weekend, apalagi kalau PH atau School Holiday.

Tapi bila pikirkan nak jenjalan ngan si anak buah comei yang keletah dan lasak tu, seronok gak hati ni...bukan senang weekend mama dia nak cuti. Maklum orang kerja shif yang cuti tak tentu masa bukan cam kita yang kerja office hour nih.

Pepagi sabtu gerak dari Kota Dsara ke Senawang. Fetch siibu dan sianak ni, dari Senawang nak ke PD sepelaung jer kot...idok ler jauh sangat, nak balik hari pun boleh tapi alang2 sampai PD kita overnight la, konon dah lama tak berholiday...gituu...

Watak utama dalam cite nih....nama saya Rizqi
Time sampai sini baru pukol 10 lebih tapi cuaca panas berdenting dan berangin. Tak pernah pun ke sini, tapi nampak cam menarik jer dari kejauhan. Syok gak kalau lepak2 ni, dengan angin bertiup nyaman. Terus ke belah kanan pasal nampak ada satu pondok kat situ. Lagipun teringin nak cross jambatan tu ke Pulau Burung.

Lepak kat pondok tu jap, berteduh daripada kepanasan.

Laut membiru, langit membiru...kulihat biruu...

Ready to menapak to Pulau Burung, Cuaca panas bukan halangan. Sikecik tu pun excited terkedek2 berlari. Penat nak mengejar, sikbaik ada anak bujang boleh la harap.

Menara tinjau Pulau Burong dah nampak dari kejauhan



Ramai jugak budak2 bermandi riang


bercinta betul nak ke sana tu, dalam panas begini




Dah half way

Sikecik tu dah kepenatan, kesian pulak dalam panas2 

Dah sampai dah Pulau Burung...

Pokok paya bakau

Menara tinjau tapi tak panjat pun. Ada weeding photoshot masa ni, so tak nak la kacau diorang



Kitaorang pusing satu pulau...best sangat...udara segar nyaman gitu



Anak sape la tu, berlari kegembiraan..comei jer

Siibu berehat di bawah pondok ni, sikecik sibuk nak berlari lagi. Siabang elok je melayan..



Satu pusingan pulau...ni dari arah menara tinjau 

Snap gambar lagi otw keluar ke Pantai

Sibujang duk menunggu. Ibu ni kalau ambik gambar hover sikit. Bukan pro pun saja la dah minat kan..?

Siibu yang over ambik gambar, sibujang tak pedulik pun...tengok la tu, setia menunggu siibu...hahaha...

Langit di pagi itu
Sambung lepak2 bawah pokok sebelum gerak JJCM.




January 17, 2017

MRT, nak naik bayar ler..

Assalamualaikum...

Pagi tadi start melabur dengan Amanah MRT Corp...hahaha..

First day kena bayar, no more free2...

Sempat snap masa nak keluar pagi tadi...RM3 still OK lagi...6 hinggit jer sehari melabur...Syukur lah..


Featured Post

Surabaya - Day 2 - Bromo Tengger Semeru

Assalamualaikum - sambungan kisah permusafiran kami dari Surabaya ke Bromo. Alhamdulillah...selamat sampai ke Probolinggo pada jam 2 pa...