April 5, 2017

Random photos - food photos

Assalamualaikum w.r.t

Wordless Wednesday. Tak perlu kata apa2 namun syukur Alhamdulillah, masih bernafas hari ini, syukur dengan segala rahmat dan nikmat yang Allah berikan yang tak terhitung banyaknya. Alhamdulillah..
@ Sogo Food Court

Pertama kali beli dan makan HBCT ni. Biasa beli King's Confectionary punya. Overall rasa lebih kurang sama jer and King's Confectionary much cheaper than HBCT ni.


Cheese leleh habis. Cukup seketul jer masuk mulut, itupun dah muak sangat, lain kali boleh cuba perasa coklat dan durian pulak

Dah lama teringin nak makan meatball IKEA ni, dah lamaaaaa sangat tak makan, bukan jauh beno dari rumah tapi tiap kali pergi Ikea terpaksa lupakan niat tu bila tengok Food Courtnya yang sentiasa padat. Bila keinginan dah tak dapat dibendung lagi apa jua halangan tetap kutempuhi...haha...dramatic la sangat.. 

Popia tu pun sama tapi kali ni pergi dah tak sedap. Tak ranggup macam dulu, liat

Ini keria gula melaka bukan keria antarabangsa Melaka tu yer tapi sedapnya lebih kurang lah...so tak payah pergi jauh2 kalau nak makan, order jer dengan staff kat office ni

Nasi lemak Little Penang cafe IOI Mall Putrajaya, harga boleh tahan tapi rasanya biasa2 aje...

tapi char kuey tiow dia ni meletop2 sedap pada aku yang gemar CKT nih...terbaik 



Hari minggu lepas berLATE lunch anak beranak kat kedai Asam Pedas kat TBS...Speciality kat sini dah tentu lah asam pedas, dah nama kedainya pun asam pedas kan? so kami 3 beranak order set asam pedas untuk lunch pada pukul 4 ptg tu...kat luar gelap gelita hujan turun dengan lebatnya. Budak2 bertambah nasi. Dalam menu, set asam pedas ikan dan ayam RM10 each. Set termasuk nasi dan ulam-ulaman dan sambal belacan tu not sure FOC ke charge. Nasi tambah 2 pinggan, Telur masin 1/2 biji, dan air barli ais, lemon ais dan air suam. Bila masa membayar bagi duit RM50, bakinya 35sen sahaja. Tanpa resit dan anak bujang pulak tak mintak resit. So tang mana yang jadi balance 35 sen tu entahlah...banyak sangat TAX kot.

Asam pedasnya biasa2 sahaja. Moral of the story, beli ikan masak sendiri lenkali yer...

Cute kan fruit tart ni...tak cukup satu you tapi dah itu rezeki orang bagi, bersyukur lah...

Tak payah pergi zoo nak tengok Panda you, beli jer kat kedai...hahhaa...sedap sangat aiskrim ni, perisa vanila coklat. Pandai lak anak bujang ambik hati beli kan aiskrim...haha...sesekali boleh la, kalau selalu mau terdiabetis kang...

Suka makan cakoi tak? Haa ni la cakoi terpanjang yang pernah saya makan...inipun rezeki orang bagi...sedap dan ranggup...Alhamdulillah...

Dan rezeki pagi itu bukan setakat cakoi, nasi lemak lagi 3 bungkus tapi sebungkus pun sudah cukup mengenyangkan, Alhamdulillah.

Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan? Ar-Rahman

No comments:

Featured Post

Manggo chilled cheese cake

Assalamualaikum Tak tertahan godaan untuk menikmati manggo cheese cake ni. Terbayang2 di mata tak kala terpandang pada dinding FB seseo...