February 3, 2017

Jom buat Churros lagi...step by step


 Assalamualaikum

Jom buat churros lagi. Menu emergency yang senang, cepat dan sedap. Cuba lah

Secawan air, 3/4 cawan tepung (guna cawan yg sama utk menyukat air tadi), 75gm buttercup dan sebijik telur gred A. Masak air dan mentega hingga mendidih. Bila mendidih, masukkan tepung dan kacau laju2... 

Kacau sehingga menjadi adunan seperti di atas. Biarkan sejuk seketika dan kemudian pecahkan sebijik telur. Gaul dan adun sehingga menjadi adunan yang tak keras dan tak lembik sangat. Lihat gambar di atas

Sediakan piping bag (incase takut kebocoran berlaku ketika mamaipnya, sy gunakan 3 helai piping bag sekaligus) dengan noozle bintang atau yang sewaktu dengannya. Paipkan ke dalam minyak panas (abaikan kuali otai sy yang begitu banyak berjasa itu). Goreng sehingga perang keemasan. Lurus ke bengkok ke tidak menjadi masalah, bukan nak masuk competiton pun kan...hahaha..

Ok siap dah...punya la banyak dapat kan? Nak makan dengan brown sugar and cinnamon boleh, nak deep dalam sos coklat pun boleh..Sos coklat tu sy gunakan dark chocolate Berrys dicairkan ke dalam susu cair yg mendidih. So lahirlah sos coklat yang sedap dan yummy sangat2..Lain orang lain caranya #masakcarasaya

Ermm...Alhamdulillah. Kalau makan kat cafe2 hispter, hip hop dah berapa RM banyak ni oooihh...so better buat sendiri yer...

Terliur tak...kalau terliur buat yer...
Semoga bermanfaat.

No comments:

Featured Post

Surabaya - 1 - 4 Sept 2017

Assalamualaikum... Alhamdulillah, satu daripada impian dan angan2 sudah tercapai. Terima kasih Allah kerana mengizinkan kami menjejakka...