October 6, 2016

Urban Inn, Kulim Kedah

Assalamualaikum w.b.t

Pada 17 Sept lepas, kami ke Kulim lagi. Last pergi pada tahun 2014 kalau tak silap, masa tu anak bujang masih belajar di Kulim. 2 kali anak bujang bertukar rumah sewa tapi ibu tak jugak menjengok sampai la habis belajar June tahun lepas.

4 hari kali ni di Kulim atas urusan Konvokesyen anak bujang. Alhamdulillah, semua Allah permudahkan, mungkin kalau tiada apa2 hal payah dah kaki nak jejak Kulim lepas ni, lain la kalau dapat menantu orang sana...hahaha...

Sebelum ni kalau pergi Kulim suka sangat stay kat Tune Hotel so kali ni bertukar angin ke hotel yang agak baru di Kulim ni, Urban Inn. Booking cam biasa thru booking.com. Bilik agak sempit namun sepadan la dengan harga yang agak murah untuk stay selama 3 malam. Hotel baru dan bersih, hotel budget jangan la expect setanding hotel 5 star. Ye dak? Overall, recommended untuk budget traveller cam kitaorang ni...yang HIGH2 taste tu gi main jauh2...

Simple dan selesa, buat cam bilik rumah sendiri yer..
Simple furniture. TV tiada channel Astro. Mungkin boleh upgrade sikit lepas ni
Pillow tu boleh request pillow extra, blanket extra pun boleh

Arah kiblat ada. Untuk solat yang lebih selesa, katil tu perlulah ditolak ke tepi dinding. Alihkan meja tepi tu ke tempat lain. Kalau tak  agak sempit
Bilik air besar dan luas. Shower tu best 

Lukisan mural bersepah di dinding hotel ni, cantik dan kreatif
Lower your voice tapi bukan semua guest patuhi pun, tengah malam pun masih ada yang duk bersembang kencang, gelak ketawa bagai. Sound proof antara bilik tak berapa bagus...

Mural drawing, nice 






Malam terakhir di sini kami try dinner di Cafe Urban Inn. Masa check in hari tu dapat 3 keping voucher diskaun untuk lunch atau dinner...tengok review ramai yang kata western food dia sedap. Dapat lah 20% less. Food semua sedap, berbaloi untuk total yang tak sampai RM60. Recommended.




Oriental chicken chop

Yang ni makanan tekak melayu


Overall Urban Inn sangat OK. Recommended place to stay kalau ke Kulim. Dekat dengan Tesco dan kedai2 makan pun banyak. Harap membantu. 

Featured Post

Manggo chilled cheese cake

Assalamualaikum Tak tertahan godaan untuk menikmati manggo cheese cake ni. Terbayang2 di mata tak kala terpandang pada dinding FB seseo...