December 15, 2016

Kuih Keria Gula Melaka (antarakami jer bukan antarabangsa)

Assalamualaikum

Viral betul kuih keria Antarabangsa ni sekarang kan, tahun lepas masa kitaorang gi Melaka time tu takde la viral sangat kot, masa kitaorang beli pun Q tidak lah seteruk sekarang. Dengar cite sampai 2,3 jam beratur nak beli keria...humang aiii...

Pendapat ikhlas saya, kalau sesapa yang belum pernah makan mungkin keterujaan tu tersangat melampau di situ tapi once dah makan, rasa untuk repeat dan menempuh seksaan beratur tu tidak la sama sekali kot. Balik rumah beli keledek buat sendiri, InsyaAllah kalau kena gaya dan percaturannya, rasa kurang lebih sama aje...InsyaAllah...lagipun makan banyak2 pun banyak mudarat daripada khasiat...tak gitu? #jangankecamsaya

#Flashback gambar Nov 2015 lepas



Ini keria gula melaka versi saya, adjust sana sini. Malam selasa lepas ada majlis Maulid Rasul kat blok kediaman kami tuh, so jiran2 digalakkan bawak satu hidangan kuih. Memula tu konon nak buat creampuff tapi 'terbuat' lak kuih keria ni untuk minum petang. So 'terbawak' la kuih ini sekali ke majlis tersebut....ok la kan, janji habis lincing..haha..

First batch buat dapat la dalam 40 ketul, so duk pikir takkan nk bawak 30 ketul jer kalau ditolak 10 ketul untuk kami ber3...mana nak cukup kan, lagipun alang2 buat lebih lagi bagus...so siibu ni mengarah lah sibujang pergi beli keledek lagi, bagi duit 10 hinggit. Sekali anak bertuah bawak balik 3 kilo lebih keledek bapok besor dengan harga rm17!!...ermmm...speechless kejap ibu ni...anak aku ni mengamok ke ape..ke nak suruh aku buat banyak2? Jangan buak bijok bak kata mat dang...

Ni la rupa keledek putih yang beso2 tu. Ini balance yang masih ada kat rumah yang tak sempat nak habiskan hari tu. Biasa untuk kuih keria kita guna keledek putih, kalau takde belasah jer la keledek oren ke ungu ker, merah ker..
yang sempat berfoto, dah last2 batch


Selepas digoreng

Selepas disira, time ni baru keluar dari gula panas tu. Bila dah sejuk baru nmpak kerak2 tu sikit

Resepi Azlita ni boleh la dijadikan panduan, tang tepung tu pandai2 la ejas sendiri, kot terlebih kang keras lak, terkurang kang kecut lak jadinya..

Kuih Keria Gula Melaka - Azlita Masam Manis (TQ)

500 gm keledek putih ~ kupas kulit, potong sederhana besar dan rebus bersama air dan sedikit garam
1 cawan tepung gandum
Minyak untuk mengoreng

Bahan Sira

3/4 cawan gula Melaka ~ dihiris
2 sudu besar gula pasir
1/2 cawan air

Keledek di rebus bersama garam hingga empuk
Setelah empuk, di lenyek hingga halus
Capurkan tepung gandum dan uli hingga menjadi doh
Sapukan tangan dengan sedikit minyak dan bentukkan doh seperti roda bulat
Buat hingga habis adunan
Susun keria atas loyang yang di sapukan sedikit tepung supaya tidak melekat

Panaskan minyak dalam kuali
Gorengkan keria hingga keperangan
Angkat dan biarkan sejuk

Dalam kuali yang bersih
Satukan bahan sira
Masak hingga gula pekat
Masukkan keria dan kacau hingga bersalut sempurna dan gula melekat pada keria


No comments:

Featured Post

Random photos - food photos

Assalamualaikum w.r.t Wordless Wednesday. Tak perlu kata apa2 namun syukur Alhamdulillah, masih bernafas hari ini, syukur dengan segala...