December 15, 2016

Cupcake 3 bahan jer

Assalamualaikum

Nak berkongsi resepi cupcake yang guna 3 bahan sahaja. Anak bujang yang whatsapp kan resepi ni siap gambar step by step lagi. Ibunda pun sedia maklum lah, nak suruh ibunda cuba buat la tu.
Lagipun bahan2 semua dah ada kat rumah. Nutella hari tu, siabang grab kat Tesco masa diskaun harga kaw2 - 850gm (saiz besar sekali) hanya berharga RM22!...murah kan....

Jom la kita buat cupcake yang very the easy nih...deko atas tu boleh la nak letak ape sesuka hati dan selera yer..

Cupcake Nutella 
1/2 cawan Nutella
1 Biji telor gred A
5 sudu besar tepung gandum

Cara2-
Pukul telur, dan kemudian masukkan nuttela. Pukul sebati dan masukkan tepung. Gaul biar dia beramah mesra dalam tu. Lepas tu boleh la diletakkan ke dalam cup saiz kegemaran masing2..

Cupcake ni nampak drykan tapi dalam dia lembut dan sedap sangat. Bahagian luar cam crunchy2 sikit.











Featured Post

Manggo chilled cheese cake

Assalamualaikum Tak tertahan godaan untuk menikmati manggo cheese cake ni. Terbayang2 di mata tak kala terpandang pada dinding FB seseo...