November 24, 2016

Green Peas Cookies

Assalamualaikum...

Tetiba buat cookies, ni dah kes nak makan 'sangat'. Bila orang bagi pastu rasa macam tak cukup, so solutionnya adalah dengan membuat sendiri. Senang dan mudah sangat nak buat ni, rajin ngan idok sahaja. 

Total kos: Ground green peas, 1 kg - RM11.50
Mazola Oil-RM11.30
Gula aising dan tepung dah ada kat rumah.
tapi adunan yang dibuat 2 adunan sahaja. Balancenya masih banyak lagi, Resepi kat bawah:-


Biskut Kacang Peas

Bahan-Bahan

·                     1 cwn Tepung Kcg Peas
·                     1 cwn Tepung Gandum
·                     1/2 cwn Gula Aising
·                     1/2 st Baking Powder
·                     1/2 st Garam
·                     1/2 cwn Minyak Mazola atau secukupnya..(tuang sikit2 ya masa menguli doh)
·                     1 biji Telur Kuning-tambah sedikit warna kuning
Cara-Cara

1.            Gaulkan kesemua bhn2 kering sehingga sebati.
2.            Tuangkan minyak Mazola sedikit2 sehingga terbentuk doh lembut.
3.            Bentukkan bulat2 seperti guli. Sapukan atasnya dgn telur kuning.
4.            Bakar dgn suhu 180C selama 15 minit atau sehingga masak.
5.            Sejukkan & Simpan dlm bekas kedap udara.





2 comments:

Zilla said...

cookies ni best kan kak? melt in your mouth gitu...hehehe

SH said...

yer betul zilla, pas satu, satu masuk mulut..

Featured Post

Surabaya - 1 - 4 Sept 2017

Assalamualaikum... Alhamdulillah, satu daripada impian dan angan2 sudah tercapai. Terima kasih Allah kerana mengizinkan kami menjejakka...