November 2, 2016

Edisi Kulim/Penang (17 Sep to 20 Sep) - random photos

Assalamualaikum w.b.t

Nak share gambar2 sepanjang 4 hari berada di Utagha, Kulim dan Penang hari tu..dah basi punya ceghita. Kulim hujan jer sepanjang 4 hari tu, hujan pagi dan malam. Bila hujan dan ada masa terluang tak tahu mane nak berjalan2 di Kulim ni, mati akal dibuatnya. Kulim cam takde banyak tempat2 menarik untuk lepak dan menjamu mata, santai2 (selain daripada Tesco dan Giant)..haha...(jgn marah orang Kulim) ingat nak ke Sedim tapi cuaca yang tidak mengizinkan. Selesai raptai sibujang pada petang Ahad tu, kami dah tak tahu nak melepak ke mana so apelagi masuk Penang la...Kulim ke Penang melalui BKE tak sampai sejam pun.

Laksa tempurung menjadi santapan lunch...sedap, lazat berkhasiat. Lokasi di Kulim, sila waze. haha...Recommended kepada penggemar2 laksa..



Tak perlu susah2 beli mangkuk...tempurung pun boleh
Penang kami datang. Petang Ahad yang panas di Penang
Thai Fest kat Padang kota, macam2 makanan Thai dijual di gerai2 di sini. Kami tak beli pun, letih nak bersesak dengan orang ramai...cuaca panas tapi ramainya pengunjung..


Bersusun bear...nampak menarik tapi tak rajin nak gi tengok satu persatu....panas berdenting...

Lepak depan ni sesambil makan celoq2...perut lapar lagi walaupun sebelum tu dah tapau  nasi kandaq Deen dari Jelutong sana. Tapi nasi kandaq ni sedap dine in kalau dah tapau nasi dah kembang bercampur dengan kuah
Jambatan ke 2 Pulau Pinang
Esoknya Isnin sidang pertama konvo. Turn anak bujang lak sidang ke 2 pada hari selasa. Buntu tak tahu nak kemana, mula2 plan nak ke Alor Setar, rasa cam tak ada apa2 menarik...so we decided to masuk Penang again...haha..ndak seribu daya kan...bukan selalu buat kerja camni..hahaha....tak puas petang semalam kat Penang so hari ni plan macam2...siap plan nak naik bukit bendera lagi (hujan then tak jadi pergi). Lepas breakfast kat food court depan pasar Kulim, masuk kereta dengar radio katanya Jambatan Pulau Pinang jem kerana ada accident. So camane ni, perlu ke kami meneruskan niat ke Penang? 

Perluuuuu....apedehal, jem tu standard la kan...bukan tak biasa jem kat KL. Keluar aje dari BKE, nak masuk highway ke Georgetown kereta dah tak bergerak. Dengan lori2 kontena bagak2 di kiri kanan, rasa cam scary pun ada, Jom la ikut jambatan baru. Biarlah 2 kali ganda jauh tak ape , kusanggup redahi, janji jalan smooth dan dapat rasmikan jambatan baru ni, Kalau tidak bila lagi kan? Cuaca mendung tak bererti hujan jer time ni.
Jambatan ke 2 Penang..sama tapi tak serupa.

Parking di tingkat atas bangunan ini, so tak perlu risau kena saman ke ape...
Pinjam gambo goggle...kami ke sini..
First stop masuk ke Wonderfood Museum. Tengok cam menarik pulak makanan2 palsu ni. Bikin aku lapar aje...haha..Camana tahu tempat ni? dari seorang kawan yang pernah datang sini. Menarik sangat rekaan2 makanan palsu tu sebijik cam makanan real 100%.....'Kenyang' la kami kat dalam ni..kagum dengan owner museum ni yang ambik masa 5 tahun untuk study dan buat makanan2 tu semua..gigih dan membuahkan hasil yang baik sekali.

Staff kat sini sangat friendly, diorang akan tolong ambikkan gambar kita, kita cuma perlu posing jer...yang mana ada anak kecik, diorang siap tolong dukung kan lagi sementara mak ngan ayah nak posing, boleh? Mungkin masa kami kat sini tak ramai pengunjung so dapat la special treatment sikit.
My favourite ni, Kueytiaw goreng

Rojak buah
Laksa penang...harus makan kalau ke Penang..



Belanja gambo tuan tanah ngan anak bujang...bujang sorang lagi tak minat benda2 camni




Manis - manisan

Cam real kan....tengok pun dah terliur




Kuih muih 




Life is short, make it sweet katanya. Abis kalau dah makan sweet banyak2, mana life tak short...tak gitu? hahaha..

Jeruk Nasir. Repeat ke sini kerana harga berpatutan dan jeruknya pun sedap

Terliur tak
Tengok jer la, da abis


Cross jalan dari Nasir Jeruk tu (sebelah IPK) akan jumpa Ane yang jual Samosa ni...samosa dia best in the world.  Rezeki dapat merasa kali ini 

Makan panas2....sedapnya...teringat2 sampai hari ni...kalau pergi Penang wajib singgah sini

Senarai harga yang berpatutan. Sekarang minyak masak dah takde subsidi dalam erti kata lain dah melambung mahal tak tahu la kot2 nanti naik harga....huhu..

Dah beli samosa, hujan turun la pulak, banyak plan yang terpaksa dilupakan. Gerak ke Esplanade untuk makan mee sotong, tak sempat nak ambik gambo rupa mee sotong tersebut, Cam ada alasan untuk ke Penang lagi...':)




No comments:

Featured Post

Surabaya - 1 - 4 Sept 2017

Assalamualaikum... Alhamdulillah, satu daripada impian dan angan2 sudah tercapai. Terima kasih Allah kerana mengizinkan kami menjejakka...