February 3, 2016

Mango Panna Cota

Assalamualaikum, Selamat pagi yang nyaman

Alhamdulillah, setiap kali menikmati panna cota ni pasti akan terpana seketika. Sedapnyerrr... nyamannya anak tekak, dengan rasa manis, masam dan manis mashmellow tu...ermmm...tak terkata. 

Menggoda tak? Puree tu anak bujang yang sediakan. Tak sabar tunggu ibu lambat sangat.

MANGO PANNA COTTA 

Bahan2:
2 cawan susu fresh milk
1 cawan whipping cream
2 1/2  sudu besar gelatin + 1/2 cawan air panas
1/2 cawan gula
1 sudu kecil esen vanila

Utk puree mangga:
2 bj mangga masak
4 sudu kecil gula
sedikit perahan lemon (tak letak pun tkper)

Cara:
Masukkan gelatin ke dalam air panas, kacau dan biarkan dia sebati
Masak susu, whipping cream dan gula dgn api sederhana hingga kelihatan buih2 kecil di tepi periuk.
Padamkan api dan masukkan adunan gelatin dan esen vanila, kacau sehingga gelatin larut sepenuhnya.
Tuangkan ke dalam bekas acuan yang sesuai
Sejukkan dalam peti ais lebih kurang 5 - 6 jam.
Sementara itu bolehlah disedikan puree mangga.
Blend buah mangga hingga halus, kemudian masukkan gula dan perahan limau/lemon.
Kacau hingga sebati. Sejukkan dlm peti ais sebelum menghidang.
Utk menghidang, tuangkan puree mangga ke atas panna cotta tadi.

Hiaskan dengan hirisan mangga atau ape2 shj mengikut citarasa sendiri


No comments:

Featured Post

Manggo chilled cheese cake

Assalamualaikum Tak tertahan godaan untuk menikmati manggo cheese cake ni. Terbayang2 di mata tak kala terpandang pada dinding FB seseo...