January 27, 2016

Kek Carrot Walnut kukus

Assalamualaikum

First time buat carrot cake kukus, ermmm sedapnya...lembut sangat, lepas sepotong, sepotong masuk mulut...sampai lupa diri...huhu...
Mula2 tengok padat semacam je rupanya, tapi bila dah dipotong...ermmm lembut dan gebu gebas gitu. Alhamdulillah...


CARROT CAKE SURIA  
4 biji telor (asingkan putih & kuning)
1 cawan minyak
100g gula halus
140g gula perang
1 cawan carrot yang diparut

250g tepong + 1 sudu the baking powder
1 sudu teh serbuk kayu manis
1 sudu teh garam
100g walnut cincang

Pukul kuning telor, campur minyak, gula, carrot dan
kacau sebati dan masukkan walnut dan akhir sekali
masukkan bahan-bahan kering yang lain.

Di mangkuk lain, pukul putih telor sampai kaku dan
campurkan ke dalam adunan tadi.
Gaul sebati dan boleh la bakar/kukus.

No comments:

Featured Post

Manggo chilled cheese cake

Assalamualaikum Tak tertahan godaan untuk menikmati manggo cheese cake ni. Terbayang2 di mata tak kala terpandang pada dinding FB seseo...