November 25, 2015

Melaka je pun..

Assalamualaikum...

Saja jejalan over the weekend. Bonding time dengan anak2 bujang sambil tengok2 tempat orang...banyak berjalan luas pemandangan, tak kesah la sejuta ratus kali ke sini, takkan jemu lagipun dekat je kan...Trip kali ni cover semua tempat nak pergi dan makan. Syukur alhamdulillah...
Nanti nak review hotel yang kami stay gak...kot2 ada yang nak jejalan Melaka....
Cam biasa kalau masuk Bandar Hilir ni, kami akan park kete sebelah Balai polis tu. RM2 jer...pastu menapak la exercise kaki...sampai sini around 9am lebih camtu, panas cing2 ooo...wpun panas pagi tapi leh tahan gak dia punya bahang tu...
Tak masuk kapal Van Der Wijck ni...hehe..dah masuk sblm ni.
Menapak ke sini..
Sini..
Lama tak test betis dan lutut...maklum sejak meningkat usia ni...
Muzium free kitaorang masuk..
Tengok2 jer tak beli ape2..
Mengah panjat bukit nih..

Tak naik, cukup la sekali. bazir duit jerkk..

Hello Kitty, kiut kan..


 Submarine Museum - RM3, selepas hujan berhenti


 Kuih keria Antarabangsa- best in the world. 50sen seketui

Day 2 - Hello sunshine - view dari hotel...
Lepas breakfast terus ke sini - Masjid Selat Melaka. Warna laut dan langit senada seirama. Subhanallah....Indahnya..
Selat Melaka airnya biru

Begitu la seadanya...Alhamdulillah..

November 18, 2015

Churros SH Cafe

Assalamualaikum...

Jom buat Churros lagi...
Churros fresh from SH Cafe...cafe diri sendiri kat umah...jimat, bersih, segar dan goreng boleh pakai minyak pilihan sendiri yang lebih berkhasiat. Cuba lah...senang sangat. Resepi pada asalnya dapat dari mane dah lupa, kendian pandai2 la adjust sendiri, try and error. Asal resepi guna tepung 1 1/2 cawan...tapi aduan tu akan jadi keras giler...letih nak picit piping bag tu, sekarang stay dengan resepi sendiri ni jer...
Gemuk2 churros nih..
Jangan lupa sebatang sorang jerk...
CHURROS

Bahan-bahan
1 cawan air
1 cawan tepung gandum
1 biji telur - size L
80gm butter
Brown Sugar+cinnamon powder atau chocolate Syrup Hesheys

Cara-cara
Didihkan air dan butter. Kecilkan api, masukkan tepung.
Kacau cepat2 agar tepung tidak berketul2.
Angkat dari api. Sejukkan sebentar baru la masukkan telur dan kacau sebati.
Panaskan minyak.
Masukkan adunan ke dalam piping bag dengan nozzle bentuk bintang
Picit dan potong panjang ikut suka, goreng hingga warna keemasan..
Hidang - taburkan brown sugar +cinnamon atau celupkan ke dalam chocolate sauce.

Featured Post

Random photos - food photos

Assalamualaikum w.r.t Wordless Wednesday. Tak perlu kata apa2 namun syukur Alhamdulillah, masih bernafas hari ini, syukur dengan segala...