October 13, 2015

Pie chocolate with strawberry yummyy...

Assalamualaikum...

Ni pie bulan 5 lepas, lepas balik CH biasa lah, tak sah kalau tak bawak balik buah merah ni...hihi...resepi jangan ditanya, udah lupa. Tapi kalau sesapa pernah tgk video buat pie ni kt FB, ha tu la resepinya. Dari situ lah idea buat pie yang sangat sedap dan mudah ni. Tak perlu bake, sejukkan dalam peti ais sahaja.





October 9, 2015

Kek Gula Hangus, mudah dan sedap

Assalamualaikum...
Salam Saiyidul Ayyam, Jumaat penghulu segala hari.
Alhamdulillah...syukur untuk segala rahmat dan nikmat Allah. Tak terhitung dengan jari nikmat Allah, nikmat mana yang perlu kau dustakan...nikmat terbesar ialah nikmat sihat dan selera makan...ermm....bila tengok makanan, makanan masuk mulut tak beringat kan? hahaha...
Ok la....bertazkirah lak pagi2 ni...nak share resepi yang debommm ni, 1st time cuba, ghoper itu jadinya...ok ke tak ok? boleh la....sila perhatikan betul2 keratan rentas itu...hahaha...over la sgt..


Resepi saya cedok dari blog Masam Manis, Resepi asal: Bonda Kak Nor, secubit garam kot...Nak mintak izin copy paste sini...tapi sape nak lebih details, siap dengan gambar lagi, sila lah gugel blog beliau. 

KEK GULA HANGUS
Resepi Oleh : Bonda Kak Nor
Rujukan : Kak Nor

1 1/4 cawan gula halus
1 cawan air panas
125gm butter
4 bj telur A
1/4 cawan susu pekat manis
1 cawan tepung gandum
2 sudu kecil soda bikarbonat

1 sudu teh esen vanilla

Mula-mula kita cairkan gula dahulu untuk menbuat gula hangus.
Ita suka cairkan gula dalam pan leper. Ratakan gula dan biarkan gula mencair dengan api yang perlahan. Jangan kacau sebab nanti ia berketul-ketul. Tapi pastikan api perlahan dan pastikan gula tidak hangus.
Bila gula dah cair barulah tuangkan air panas. Jika guna air panas dia kurang sedikit merecik berbanding air sejuk.
Bila dah cair sejukkan. Ita tunggu dia betul-betul sejuk dan mencapai suhu bilik.

Dalam bekas periuk kecil yang lain, ita cairkan mentega
Kemudian sejukkan juga hingga mencapai suhu bilik

Bila mentega dan gula dah sejuk, barulah ita sediakan bahan yang lain.
Pecahkan telur dalam bekas dan kacau hingga telur cair dan rata, jangan pukul ya.. cuma kacau dengan senduk kayu hingga ia cair dan rata
Kemudian masukkan susu pekat. Susu ni juga ita biarkan ia pada suhu bilik ( bukan sejuk dari peti ais)

Kemudian kacau rata perlahan aje
Bila dah rata, masukkan mentega cair, dan kacau rata perlahan juga
Ita tambahkan esen vanilla
Kemudian ayakkan tepung dan soda, Kacau rata perlahan
Akhir sekali tuangkan gula hangus, Dan kacau rata

Tuangkan di dalam loyang 7x7 inc yang telah di lapik kertas pembakar dan di oleskan sedikit butter
Kemudian perap aduan ini 3 hingga 4 jam. Lagi lama perap lagi cantik lubang-lubangnya .
Ita letak atas meja aje... dan ita biarkan selama 5 jam
Bila dah 5 jam di perap barulah masukkan di dalam ketuhar yang telah di panaskan terlebih dahulu 15 minit pada suhu 170C dengan hanya api bawah sahaja yang di on.
Bakar selama 45 minit. 5 minit terakhir ita buka api atas dan bawah

45 minit tu kek memang dah masak dah.. kalau tak masak lagi panaskan semula.
Bila kek dah masak keluarkan dari oven dan letak atas redai
Tunggu kek sejuk sebelum di potong.

p/s - Saya perap selama 3 jam sahaja. Nak menunggu mata pun dah mengantuk, esoknya nak kerja. Kalau buat weekend mungkin boleh perap lama lagi..

Sekian, bake and Enjoy!

October 7, 2015

Cameron Highlands (random photos) - Trip 27-28 April 2015

Assalamualaikum...

Standard la belek2 pictures terjumpa la gambar2 CH ni yang rasanya belum diupload kat blog lagi,,,,rasa sayang pulak kalau pics ni terperap jer dalam folder.
Actually, trip CH ni sepatutnya sambungan daripada trip Sunset di Pantai Jeram and Sekinchan tengok padi tu. Ini kerana selepas menengok padi kami yang sangat2 perasan tourist dan tinggal 'jauh' la sangat nih telah check in di sebuah hotel di Kuala Selangor. So after checked out next day, kami merangka strategi lagi la, memandangkan siibu yang masih 'on leave' dan sianak bujang yang sem break. Anak bujang ajak JJCM ke Penang, pertengahan jalan boleh lak tukar destinasi ke CH ni...haha...

Trip tanpa dirancang, main terjah redah jer, lagipun hari Isnin, weekdays, so tiada apa yang perlu dirisaukan. Kalau ke CH kami prefer ikut Simpang Pulai, jalan lagi Ok dan tak berapa sibuk.

Masuk aje CH terus ke Boh Plantations, Sungai Palas nih, tapi kecewa kerana hari Isnin TUTUP. So tak boleh masuk la...amik gambo kat luar aje ler...been here before so takde la frust melampau..
Sg Palas Boh Plantation
Entrance Cameron Lavender
Cameron Lavender. Singgah sini masa otw back to KL
Bunga-bungaan, kuning dan merah

Entrance 
Lavender 




Lavender lagi
Petunia, teringin nak tanam bunga nih
Menjamu deria mata tengok ladang teh yg menghijau



Kea Farm di awal pagi, ummah masih belum ramai waktu ini. Beli jagung dan ubi rebus, marvelles

Bharat Tea dalam hujan rintik, banyak anjing kat bawah tu takut nk turun..

Bharat Tea Plantations, Tanah Rata (edited - Iphone5 camera)
strawberies - RM30 per kg...own plucking
Memetik strawberies di dalam hujan



Travel weekdays sangat2 recommended ke CH ni, Serik datang weekend/PH, traffic jem semestinya selain daripad crowded. Weekdays di CH memang sesuatu yang best. Selain daripada boleh escape crowds, hotel pun boleh main terjah jer, tak perlu susah payah nak booking bagai. Tempat2 menarik pun tak ramai orang, boleh berjalan dengan aman damai...hehee. CH pulak serius sejuk giler ditambah dengan hujan sepanjang petang kedatangan kami tu...menggigil berselimut kesejukan. CH memang ohsem! 

October 1, 2015

Damas Suites and Residence KL

Assalamualaikum..

Throw back cerita last month bilamana dijemput oleh Sales Manager DSRKL ni untuk tour hotel diorang. Since May kami beralih arah daripada sebuah Suites di Dsara Heights ke Suites ini untuk accommodation staff2 kami yang datang dari branches2 seluruh Malaysia. 
Damas Suites and Residence KL @ Plaza Damas, Sri Hartamas

Suites with 2 bedroom, besar dan selesa. Semua amenities disediakan
Dining and living hall
Semua ada, utensils and pinggan mangkuk pun ada
Master bedroom
cermin besar baru puas hati 
Deluxe room
Living hall deluxe room
Single/double bedroom, yang biasa dibooked for our staff
Buat cam umah sendiri yer..
Harga per nite yang affordable
The GYM
Pool
Overall puas hati sangat dengan Hotel ni, Selain access terus ke Sri Hartamas Shopping Centre, kedai2 makan dan facilities lain juga banyak berdekatan. Dekat dengan office semestinya, harga per nite untuk long stay rates pun OK. Sesuai untuk aku yang selalu book untuk long stay, biasanya untuk sebulan. At least puas hati dapat tengok sendiri 'rumah' staff bila datang ke KL Office

Featured Post

Surabaya - Day 2 - Bromo Tengger Semeru

Assalamualaikum - sambungan kisah permusafiran kami dari Surabaya ke Bromo. Alhamdulillah...selamat sampai ke Probolinggo pada jam 2 pa...