December 2, 2015

Hotel Sentral Riverview Melaka

Assalamualaikum

Hotel ni 3* je...cukup la sekadar untuk melelapkan mata buat semalaman. Booking cam biasa di booking.com. Masa booking, ambik standard room je, twin bed RM130 w/out bfast. Cam biasa kalau travel dengan anak bujang untuk 1 malam aku prefer amik 2 katil jer...(travel bajet) pastu sorang tidur kat bawah, mengemis la blanket and pillow extra. So far tak pernah lak kena charge bila mintak extra. Siap tanya lagi, nak 1 aje ker?
Hotel ni takde la kat town sangat yang mane boleh berjalan jer untuk ke Bandar Hilir tu. Dulu dah pernah stay kat tengah Bandar Hilir so kali ni bertukar angin stay outskirt of town sikit. 

Check in awal sejam, bilik ready so ok jer. Staff2 ok..ramah tamah. Lepas dah buat pembayaran, time bagi kad pintu, reception tu cakap diorang upgrade my room to Suite Executive without any extra cost. Wahhh...ini sudah bagus...alhamdulillah...happy..happy...Cam tahu2 jer kami ber3..hahha...So maka ini lah biliknya. Spacious betul kan..? aku rasa muat untuk seludup 5 orang lagi ke bilik ni tapi kena bawak toto sendiri la yer..hahaha..
Furniture tu opkos la lama dan outdated dah..tapi what do you expect, ni bukan 5* hotel. Janji bersih, bilik air tak berbau, arah kiblat ada, itu dah cukup menyenangkan kalau stay kat mane2 hotel. Parking pun tkde masalah, free parking kat belakang hotel ada disediakan. Don't worry. 

Ini lah sofabed, dapat lah sorang tido kat sini. Mintak blanket extra dan 'kain' extra yang aku suka bawak bila pergi travel. Ada selai shawl ni memang satu kemestian aku bawak. Senang leh buat sejadah dan extra kain sarung (batik) sudah semestinya. Stok mak cik2 sangat kan...? Hade saya kesah...

Bantal peluk pun ada...anak bujang cakap geli nak guna bantal peluk tu, ntah sape2 la guna sebelum tu tapi kalau difikirkan bantal2 tu pun apa kurangnya, kalau diorang tak basuh cover tu ada ko tahu? takkan la diorang tak basuh cover tu kan? Cerewet sangat lenkali bawak bantal senirik...Pikir baik2 jer la...

Iron and iron board, safety box dan small fridge semua ada dalam almari tu, tapi satu pun tak terusik. 
See..see...luas betul kan? Bilik corner lot lagi nih...selamat duit, kalau tak bilik Executive ni harga RM249 dalam booking.com. Tu la dah namanya rezeki. Nampak tak sofabed tu, nun jauh di sudut sana leh tido tanpa gangguan. 

Berus gigi pun ada..tapi 1 jer la...
Toiletries warna merah dan hair dryer pun ada. Bunga pun ada

Layan hindustan di petang Sabtu. Hujan time ni so rilex jer dalam bilik.

Check out time pun ok, tak sampai 5 minit. Deposit RM20 dipulangkan dan print resit...dah settle.

No comments:

Featured Post

Cerita ceriti buat Passport Malaysia

Assalamualaikum... Saje la nak share pengalaman buat passport. Ahad lepas, 5 March pergi buat passport kat Jabatan Imigresen Kela...