September 29, 2014

Candy Buffet

 
Assalamualaikum...
 
Dah lama pasang angan2 nak buat Candy Buffet ni...akhirnya tercapai juga di majlis adik sendiri. Happy dan bersyukur sangat2 walaupun keadaan kesihatan yang tidak begitu baik pada pagi majlis perkahwinan. Nasib baik kek dan cup kek sempat dideko dengan jayanya sebelum menggigil dan diserang demam tiba2. Dekoration table tu simple2 jer, memang tak plan nak buat grand pun, sekadar nak memeriahkan majlis untuk santapan kanak2 riang.
 

Syukur alhamdulillah, buffet ni licin dalam sekelip mata. Dah memang tak boleh nak kontrol dah, masing2 (dewasa dan kanak2) duk berkerumun meja ni jer...yang last tinggal hanyalah RV kek tu jer...itupun pasal tidak dipotong. Lepas aje dipotong, semua hilang...
Meja ni sentiasa dikerumun mungkin juga pasal guest book ada di situ. So masing2 busy nak menandatangi kedatangan.
Hidangan Candy Buffetku, Chocolate Cupcake, RV Cake, Mashmallow, Jelly Bean, Lolipop, Gummy and Jelly Stick. Jelly stick tu sikit sangat sampai ada budak yang menangis tak dapat.
Overall happy dengan candy buffet ni tapi agak disappointed dengan parents yang tak melarang anak mereka mengambil makanan dalam jumlah yang agak banyak. Kesian yang lambat tak merasa. Siap tapau pun ada. Props photo tu pun ada budak2 ambik bawak balik...huhu...pengalaman betul kan...nak marah, al maklum lah...Next time nasihat saya untuk yang plan nak buat candy buffet ni, table tu biar lah ada yang jaga. Bukan kerana kedekut makanan, tapi supaya lebih organize dan teratur.
 
Namun syukur la, candy buffetku TERLAJAK LARIS..
 
k bai..

September 25, 2014

Big day sibongsu (Suehatta)

 
Assalamualaikum.
Alhamdulillah syukur, semuanya berjalan dengan lancar seperti yang dirancang...dalam rahmat dan berkah dari Allah swt. Alhamdulillah...
Kejadiannya di Jalan Pantai, Kg Sura Hujung, Dungun.
Selamat datang ke majlis perkahwinan, Sue dan Hatta, 20 Sept 2014.
Pada sebelah malamnya majlis akad nikah...akhirnya sah Sisue menjadi suri kepada jejaka pilihan hatinya. Bercinta sedari sekolah menengah, begitu kuat jodoh mereka. Harapan semoga bahagia hingga ke Jannah.
Majlis persandingan pada hari Sabtu, dan pada sebelah malamnya pula majlis bertandang di rumah pengantin lelaki/hantar menantu.
Gambar kamera HP jer...tnggu gambar dari photog bertauliah pulak...
 
 
 
 

Featured Post

Surabaya - Day 2 - Bromo Tengger Semeru

Assalamualaikum - sambungan kisah permusafiran kami dari Surabaya ke Bromo. Alhamdulillah...selamat sampai ke Probolinggo pada jam 2 pa...