February 27, 2014

Crunchy almond krup krap krup krap...

Assalamualaikum...
Hollaaaa....
 
Tak menahan tajuk tu kan...lama menyepi kini kembali dengan energy baru selepas mengunyah crunchy caramel...Dapat resepi ni dari blog Kak Azlita Masam Manis, sori tak reti nak linkkan blog K ita. Mohon share resepi...thanks so much.

 Harga kat Bagus Bakery - rm26.80 for 600gm.

 
Saya belasah sunflower seeds jer..
FLORENTINE COOKIES / KRUNCHY KARAMEL ALMOND
Rujukan :
Kak Patmah Aspar
200 gm tepung Florenta
200 gm badam keping
100 gm kuaci hitam
20 gm bijan hitam

Badam dan kuaci di bakar sebentar dalam oven pada suhu 160 C selama 5 minit
Satukan semua bahan dalam bekas
Gaul rata, hingga semuanya bersalut sempurna
Sediakan loyang 14x14 inc, alas loyang dengan kertas kek sahaja
Panaskan oven pada suhu 160C
Tuangkan adunan tadi dalam loyang dan ratakan nipis
Bakar dalam oven selama 10 minit
Sejurus keluar dari oven terus potong kepada kepingan
Simpan dalam bekas kedap udara.
P/s tepung florenta ngan bienetta tu sama jerk, adik beradik...hasil kejadiannya insyaAllah akan sama gak cam pic kat atas tu...cuma cun ngan tak cun jer...saya punya 1st time buat tang nak potong tu masalah skit...berterabur jadinya...
Anyway selamat mencuba.
 
 

Featured Post

Surabaya - 1 - 4 Sept 2017

Assalamualaikum... Alhamdulillah, satu daripada impian dan angan2 sudah tercapai. Terima kasih Allah kerana mengizinkan kami menjejakka...