February 27, 2013

Rabu tak perlu kata apa2..

Assalamualaikum w.r.t

Lama tak update blog. Mood berblog jatuh merudum. Nak kembalikan mood yang tak berapa nak ada lagi. Jom menjamu mata dengan spagheti lemak pedas yang HOT ni...dan juga Melt Chocolate Cake untuk dessert.
 Kurang bercakap, gambo kasi beso sikit...

Kalau tak melt tengok kek ni tak tau la...

~tata~

February 8, 2013

Puff Pastry Kawan

Assalamualaikum w.r.t

Salam pagi Jumaat yang mulia dan penuh barokah. Hujan rahmat membasahi bumi PJ dan KL pagi ini. Nyaman rasanya.
Lama tak letak gambar makanan. Harini nak letak gambar hidangan yang mudah dan simple, yang boleh dimakan bila-bila masa. SH sekarang suka makan ni untuk dinner. Ada puff sardin dan puff kacang merah. Makan 2 ketoi dah kenyang.


Ini puff sosej. Sosej tu dipotong kecik-kecik.
Ini buat malam tadi. Puff kacang merah. Beli inti kacang merah tu kat bakery shop, Bagus. Plan nak buat pau kacang merah jugak. Bila nak projek tak tahu la..Inti segera ni sedap...

Ini puff sardin. Semua puff di atas menggunakan puff pastry jenama KAWAN yang boleh didapati di pasaraya2 besar. Macam-macam boleh dibuat dengan puff pastry ni. Apple pie, egg tart, terpulang kepada citarasa dan kreativiti sendiri. Sh beli ni dekat BIG Aeon atau nama lamanya Carefour. Selamat mencuba!



Photo source - Google.

February 6, 2013

Aroma Ikan Bakar, Jeram

Assalamualaikum w.r.t

"Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?" (Surah Al-Rahman)

Alhamdulillah dengan segala nikmat yang Allah berikan. Nikmat kesihatan, nikmat rezeki, nikmat selera, nikmat masa senggang...terlalu banyak tak boleh dibilang dan dihitung. Syukur Alhamdulillah...

Tak habis lagi kisah pusing2 Kuala Selangor. Kalau ke Kuala Selangor pasti ramai yang akan tertumpu ke Jeram ni. Semestinya untuk mencari seafood dan juga ikan bakar yang sedap-sedap...ermm...kami pun ambil peluang untuk mengisi perut selepas hampir seharian berjalan. Late lunch kat Aroma ikan bakar ni begitu menyelerakan. Tengok seafood yang dipamerkan rasa cam nak order semua...hehe...tapi bukan free kak weihh...kang tak mampoo nak bayar kang...
Pondok ni perlu dibayar rm20 yer...boleh duduk bersila dan makan mengadap laut. Hembusan angin begitu mendamaikan. Rasa cam berkelah di pantai kampung sendiri...
Lauk-lauk untuk kami. Ikan 3 rasa, ketam masak cili, kepah masak cili (semua cili di situ)...kailan goreng, sotong tepung dan jugak ikan pari bakar. Yang bakarnya satu aje...Tak lupa sejug fresh oren.
 Sotong tepung. Sotong agak liat.
Kepah masak cili.
Sekitar Aroma ikan bakar yang best. Gendang gendut tali kecapi, kenyang perut, suka hati, senyuman manis terpamer di pipi...hahaha...tapi handbag aku ni dah kurang isi, pasal buat amal jariah tadi (gurau jer) Alhamdulillah, semoga makin bertambah rezekimu sis, belanja kitaorang.

Usai makan jom kita lepak-lepak pulak. Kali ni kita ke Pantai Remis. Tiada yang menarik hati, teringat Laut Cina Selatan di Ganu, pantai memutih cantik dan airnya yang membiru.
Time untuk shopping karangan laut pulak. Semua cam jakunss, tak tahu ape nama benda2 alah ni semua. Satu-satu di interview pakcik yan menjual tu. Yang aku tahu kerang, kepah, mentarang dan jugak belangkas jer.
 Yang ni pada yang tak tahu macam aku, namanya Ala-ala..
 Ni mentarang. Ada yang kecik, ada yang besar.
 Ha...ni kerang bulu. Terlampau besar sangat, tengok tak begitu mencuit seleraku. 
Ni la belangkas. Sape yang suka makanan eksotik, boleh la mencuba belangkas ni...aku setakat tengok boleh la, nak makan? terima kasihhh...hehe
Ni mentarang bersaiz kecik kalau tak silap dan sebelahnya tu, remis. Baru jumpa binatang yang dinamakan untuk pantai ni...Pantai Remis....haaa....ok la...itu aje untuk edisi Kuala Selangor. Semua tempat best, In sha Allah, akan repeat ke mari.

Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhanku, yang aku hendak dustakan? Alhamdulillah...

February 5, 2013

Pusing-pusing Kuala Selangor

Assalamualaikum w.r.t

Bertemu kembali di episod Kuala Selangor, seronok gak Kuala Selangor ni, aku jer selama ni tak pernah cuba nak explore, jarak dari rumah ke sini tidaklah jauh benor, tak sampai 1 jam perjalanan pun...tang yang paling seronok, hasil2 laut kat Pasar Pasir Penambang yang segar bugar, freshnya segala haiwan laut tu, putih berkilat lagi dan kalau boleh nak borong semua! Murah sikit la daripada harga2 di tempat lain, tapi worth buying kerana ikan semua masih segar2 dan belum dimasukkan bahan pengawet lagi...Gambar2 kat Pasar tak dapat dirakam, kes kamera tinggal dalam kereta.

Cuaca pada hari itu begitu terang benderang dan panas membahang sekali. Dah itu cuaca kat Malaysia kan, panas dan hujan sepanjang tahun, apa nak dinafikan lagi. Redah aje la, walaupun rasa terbakar kulit tapi semangat 'berjalan' tu yang kita mau...haha..posing2 dan gurau senda ngan monyet atau lotong sementara menunggu adik dan family dia sampai. 
Ini Rumah Api di Bukit Malawati. Kedudukan Bukit Malawati ni mengadap Selat Melaka dan juga Sumatra, Indonesia. 
Ni pulak Muzium Sejarah Kuala Selangor tapi tutup la pulak, tak dapat la tengok apa yang ada kat dalam tu. Mungkin hari Jumaat tidak dibuka pada umum.
 Meriam-meriam lama yang masih dijaga elok.
Lotong dengan baby dia warna oren. Takut nak dekat dengan dia ni, pasal dia sibuk duk protect anak dia daripada musuh. kang tak pasai-pasai kena gigit kat lotong kang...
 Baitulhilal, tempat mencerap anak bulan Ramadhan dan Syawal.
Lotong aka monyet bergayutan. Penghuni setia di Bukit Malawati ni yang tak pernah putus menerima kunjugan tetamu. Tetamu datang dapat makan kacang panjang free...hehe...
Haa...kan dah dapat makan free. Seikat kacang tu dijual dengan harga seringgit. Tak sempat nak bagi satu-satu dah dirampasnya daripada tangan orang tu...so hati-hatilah...diorang akan jadi ganas kalau tengok makanan.
Perigi Beracun, sebelah perigi beracun tu ada Laman Budaya tapi cam tak aktif dah tempat ni kot...sunyi tak ade sapa yang singgah sini. Cam seram sikit so kami pun cepat2 cabut ke atas balik, ke tempat lotong2 tadi....

Ni la Laman Budaya tu tapi tempat ni dah macam tak dijaga rapi. Banyak yang dah rosak dan tak lagi dibaik pulih.
 Map of Bukit Malawati.
 3 beradik ni excited sangat tengok monyet2 tu...nak gi dekat takut, tengok aje dari jauh.

Dah abis explore Bukit Malawati, kami gerak ke Pasar Pasir Penambang untuk menyopping lauk2 yang segar bugar. Pastu teruskan perjalanan ke Tanjung Karang dan sampai Sekinchan. Hajat hati pada mulanya nak tengok sawah bendang...orang Kota la sangat...jakunss...sampai aje Sekinchan, sawah bendang dah kering kontang, musim menuai baru aje berlalu. Penanaman padi akan bermula pada bulan March ni pulak yer...so ada alasan nak ke sini lagi nanti...hehe...

Keropok losong kat atas tu kami singgah masa otw balik ke Kuala Selangor daripada Sekinchan. Kalau tak silap, kat Tanjung Karang. Lokasinya selepas hospital Tanjung Karang kot...rasa keropok dia, walaupun namanya Losong of cos lah masih tak dapat menandingi keropok Losong Terangganu yang betul2 best dan pure. Orang Ganu mesti la tahu rasa keropok Ganu camane...betul tak? hehehe...tapi rasanya masih boleh diterima tekak kami orang Ganu ini...bagi penggemar keropok, jemputlah ke mari.

February 4, 2013

Cendol Bakar Drive-thru, Kuala Selangor


Assalamualaikum w.r.t...

Cendol ni memang popular sejak 2 menjak ni kan? Mungkin kerana perkataan 'bakar' tu yang buatkan orang kepingin nak mencuba kot. Untuk makluman, tuan empunya cendol ni namanya BAKAR, dan katanya gula merah yang digunakan tu dibakar dahulu, camane tu..? Mungkin ada la resepi special En Bakar ni yang kita tak tahu kan..? Belasah aje la, janji tekak yang kering dan kehausan akan segar dan nyaman sikit bila pekena cendol ni.

Kejadian meminum cendol bakar ini berlaku pada cuti hari wilayah yang lepas....aterr...dah KL cuti kan...so apelagi, jenjalan la...hilangkan boring, habiskan petrol, derma kat booth2 tol, penuhkan tembolok, daripada duk umah jer, dapat gak merasa ape yang orang lain dah rasa...hahaha...jalan-jalan ke Kuala Selangor untuk kali ke 2, dari Kota Dsara, ikut PLUS hiway exit Rawang (S), tambah pelaburan kat pondok tol PLUS rm2.20, pastu masuk LATAR Hiway ke Kuala Sgor, 1st tol rm2 dan satu lagi exit rm2 jugak....ermmm.....
JJCM TV3 baru datang sini pada 27 Jan yang lepas. Nampak plaq jjcm tu, ada sign Iqram Dinzly lagi. Kita tunggu kat TV3...coming soonnn...

Ni la rupa cendol VIP tuh, perasan jadi VIP jap...memandangkan kami berdua bukanlah peminat tegar cendol, so kitaorang order cendol VIP jer...rm2 semangkuk. Rasa cendol ni...ermmm...sedappp...rasa cam cendol2 biasa jer kot...ker anak tekak aku yang tak sensitip? Sorry la erkk...tapi rasa dia cam cendol2 lain gak...cuma aku terjumpa 2 ketoi nata decoco dalam tu...

Waktu ni dalam pukul 11 lebih camtu so customer belum ramai lagi. Cuaca memang panas membahang tapi suasana sekitar tetap best, beratapkan daun nipah, sambil baca sokabar, angin sepoi-sepoi bahasa. Pastu order pulak sepinggan rojak. Tak abis makan berdua, pasai roti canai pagi tadi masih bersisa dalam perut. Ni kes nak try punya pasal, tak tahan godaan nafsu makan...Rasa rojak tak lebih daripada biasa2 sahaja...
Customer tak pernah putus, ramai jer yang bertandang. Best berbisnes macam ni kan? Rezeki bekat kerana En Bakar ni pun pemurah orangnya. Suka menderma dan jugak bagi cendol free untuk OKU lagi...depan kedai cendol ni ada sorang OKU menjual tabung buluh. Lupa nak snap gambar dia..
Kedai sebelah cendol ni kosong, belum ada customer lagi, hari masih awal untuk makan tengahari kot. Amik gambar masa jalan ke tempat parking, nak snap kain rentang Drive-thru tu segan la pulak...lenkali la...hehehe....

Featured Post

Manggo chilled cheese cake

Assalamualaikum Tak tertahan godaan untuk menikmati manggo cheese cake ni. Terbayang2 di mata tak kala terpandang pada dinding FB seseo...