January 30, 2013

Visit Terengganu 2013, Malaysia

Assalamualaikum w.r.t




Selamat datang tuang puang ke negeri Terengganu Darul Imang. Negeri Cantik, budaya Menarik. Manfaat kan cuti-cuti Malaysia anda ke Ganu kiter tahun ini yer....mesti seronok...mesti enjoy sakang...

Sudah semestinya ambe promote negeri ambe la...walaupun ambe sekali atau 2 kali jer setahung balik Ganu, namun Ganu tetap di hati sokmo...tanah tumpah darahku.

Jom pakat mari ghama-ghama. 

January 29, 2013

Tengok aje ler...

Assalamualaikum...

Edisi kek2 hasil tanganku. Publish sini untuk kenang-kenangan..Tengok aje ler...







January 23, 2013

Taman Tasik Tepeng

Assalamualaikum...

On the way back to Dsara, kami menyinggah pulak di Taiping Bandar Warisan ni. Saje suka suki nak kenal Taman Tasik Tepeng...tak pernah datang sini pun...

Tu dinding penjara Tepeng.

Taman Tasik Tepeng yang nyaman. 

2 orang amoi sedang menikmati keindahan tasik. Air yang tenang jangan sangka boleh berenang...
Bagai pokok dengan bayang-bayang...
Pokok hujan-hujan ni dahannya dah mencecah air tasik. Kalau hujan ribut tak takut tumbang ke pokok-pokok ni? Sendiri tanya, sendiri jawab...

Lepas santai-santai kat Tasik, tiba lah masanya untuk mengisi perut. Destinasi kami dah tentu la ke Casual Market yang famous amos kat Taiping ni....gambar atas ni adalah popia Omar yang sedap...recommended by seseorang so kami pun cubalah but bagi aku, aku lebih suka popia basah kat Sogo tu lagi...hehe..
Sianak bujang dengan kueytiaw goreng. 
Mee goreng jugak. Pastu siap tapau pasembor bawak balik umah...seronok gak Taiping ni...lenkali singgah lagi. In sha Allah...

January 22, 2013

Jalan-jalan Utara (22 & 23 Dec)


Assalamualaikum w.r.t

Alhamdulillah, anak bujang dah masuk semester 2 pada 16 December lepas. Ibu menyusul pada 22hb untuk menghantar barang2 anak bujang yang sekarang dah duduk kat luar aka menyewa. Semoga anakku sentiasa dalam perlindungan dan peliharaan Allah sentiasa. Amin...

Ni la rupa rumah sewa anak bujang. Share dengan 10 orang kekawan. 4 bilik dan 3 bilik air. Hall pun agak luas cos rumah bujang takde furniture bagai. Kesian anak2 yang terpaksa berjauhan dari family, tapi itulah  lumrah kehidupan yang perlu diharungi. Semoga mereka semua akan berjaya dalam pelajaran dan bidang yang bakal diceburi. In shaa Allah....
Rumah ni berdepan jer dengan Hospital Kulim dan jugak Balai Polis Kulim Hitech ni. Kejiranan tak berapa bagus kerana masing2 buat hal sendiri, berkurung dalam rumah dan pukul 9 malam suasana sekeliling dah gelap gelita. 
Check in kat Tune Hotel. Kat Kulim ni tak banyak pilihan hotel, so Tune la jugak yang menjadi pilihan. Sekadar untuk bermalam dan melepaskan lelah semata...itupun ambik basic aje...air-cond 12 jam (masih lagi berbaki 2 jam lebih). Itu sahaja, no entertainment, no toiletries, no towel....semuanya bekal sendiri. Kalau ikutkan harga yang dibayar, rasa tak berbaloi hotel ni, semua benda nak kena beli, sedangkan hotel lain semua disediakan. Dari segi keselesaan dan kebersihan, ok la..dari segi facilities tu, next time, mungkin fikir 2 kali untuk ke sini. Overall kalau semua come in package macam hotel2 lain, aku leh bagi 8/10, but for now aku bagi 5/10 jerk...hehe..

2 single bed. Online booking RM85. 


Sesapa pergi Kulim terdesak nak cari hotel, boleh la terus ke sini. No.4, Jalan KLC Satu (1), Kulim Landmark Central, 09000 Kulim, Kedah

03-7962 5888

Lepas solat jamak kami pun bergerak ke Sg Petani. Mula-mula plan nak ke Alor Setar, bila masuk jer hiway, kereta bersusun, bergerak perlahan dalam hujan lebat. Kalau teruskan ke Alor Setar, pukul berapa nak sampai, pastu ubah haluan dengan pertolongan GPS, ke Sungai Petani, terus ke Daerah Yan dan ke Tanjung Dawai. Perjalanan rasa cam jauh sangat, kalau tengok pada signboard, Sg Petani ke Tanjung Dawai 30km jer...mungkin kerana melalui jalan yang sempit, jalan kampung. 

Cuaca masih lagi hujan gerimis bila kami tiba di daerah Kuala Muda. 
Bila sampai di Tanjung Dawai ni, tempat parking pulak dipenuhi air dan berlecak. Alang-alang dah sampai redah aje la...kat sini ada Arked Tanjung Dawai yang menjual berbagai jenis hasilan laut. Dari sekecik hingga sebesar-besar ikan...sesiapa yang berminat dengan ikan kering, ikan bilis, belacan, pekasam...ermmm ini lah tempatnya. Aku takde berminat sangat, sekadar beli seketul belacan fresh dan jugak ikan pekasam. Tak pernah makan ikan pekasam pun, tapi bila tengok cam kecur liur jer...tapi kesian, ikan tu masih lagi bermukim dalam peti ais tu...
Ni Jeti Tanjung Dawai. Kat Jeti ni boleh naik bot untuk ke Pantai Merdeka di sebelah sana. Tak sampai 10 minit boat ride, dengan tambang rm2 sahaja. Kami tak berkesempatan nak naik kerana masa tu pun jam dah pukul 6 lebih. Kami kena keluar cepat dari Tanjung Dawai sebelum malam...almaklumlah...tempat yang tak biasa dan keadaan jalan yang agak mencabar, dengan takut sesat lagi. Alhamdulillah, kami sampai ke pekan Sg Petani menjelang waktu maghrib.
Pemandangan dari Jeti Tanjung Dawai.

Inilah boat untuk ke Pantai Merdeka. 
*Kuukir namamu
Di awang Gunung Jerai
Disaksikan laut daun nyiur melambai
Jauh pandangan permai
Di situ Tanjung Dawai
Terkenang peristiwa
Cinta kita terurai

Oh! Indahnya... peristiwa...
Cinta kita di Pantai Merdeka...
Oh... oh...******

Hahaha...ingat tak lagu cinta pantai merdeka ni? Lagu nostalgia, kenangan mengusik jiwa...
Keesokan harinya, pagi-pagi lagi kami ke Butterworth untuk mencari jeruk. Kami ke kedai pakcik ni lagi....masa first datang Penang hari tu, kami ke kedai dia, pakcik ni masih lagi peramah giler...dihidangkan jeruk dan air mineral buat kami. Seronok memborong jeruk dengan orang yang tak kedekut. Siap bagi free lagi...semoga pakcik akan dimurahkan rezeki...
Ni view masa on the way nak masuk hiway dari Butterworth. Cantikkan..? kali ni kami tak masuk ke Pulau, plan tu memang ada, tapi atas sebab-sebab yang tak dapat dielakkan, terpaksa melupakan niat hati. In sha Allah, di lain kali ke Utagha lagi....

January 18, 2013

Simanis Pavlova

Assalamualaikum w.r.t

Salam pagi Jumaat penghulu segala hari. Semoga hari ini, hari yang indah dan membahagiakan. In sha Allah...
Pagi-pagi dah tayang dessert. Takkan breakfast nak makan pavlova kan...? Haissh...dah katanya lama tak bersiaran so semua ni kejadian tahun lepas ni...Sedar tak sedar...rupanya dah lama tak update blog. So semalam adalah entry pertamaku di tahun 2013 nih....selamat tahun baru semua...Semoga tahun 2013 ini ada sesuatu yang terbaik untuk kita. Sebagai hambaNya hendaklah kita redha atas segala sesuatu....

Ok la...semalam ada seorang adik ni bertanya, akak boleh buat pavlova tak? So saya pun tunjuk lah gambar ni kat dia...reaksi dia cam...wahhhh...akak...semua akak boleh buat erkk...sedap ker? ape rasa dia? Secara jujurnya, pavlova ni tiada yang istimewa pun....manis aje rasanya, cuma yang membantu pavlova ni untuk sedap adalah buah-buahan di atasnya. Kalau letak buah yang sedap, sedap la dia...meringue manis, cream tu pun manis, so letaklah buah-buahan yang masam sedikit, so bila manis dan masam tu bergabung, terus meletup-letup bila masuk dalam mulut...hehe...
Hidangan dessert ni sesuai untuk majlis2 yang ada tetamu. Kalau setakat buat untuk 2 atau 3 mulut sahaja, jawabnya tersadai la dia dalam peti ais untuk seminggu dan kemudian mendarat la pulak dia dalam mulut cik tong. 


Resepi Pavlova.

Bahan-bahan :

4 biji putih telur 
1 cawan gula kastor 
1/2 sudu teh esen vanilla
1 sudu teh cuka masakan
1/2 sudu teh cream tartar

Topping/hiasan :

1 cawan (240 ml ) non dairy whipping cream
1/2 sudu teh esen vanilla
Buah-buahan kegemaran - strawberry, kiwi, blueberry, aprikot, anggur...terpulang pada cita rasa masing2...

Cara-cara..

Pukul putih telur dengan kelajuan perlahan. Kemudian, dengan kelajuan yang tinggi, masukkan gula sedikit demi sedikit. Masukkan esen, cuka dan juga cream of tartar. Pukul sampai putih telur betul2 kental dan bertanduk...haha..

Masukkan putih telur ke dalam piping bag. Lepas itu, bentukkan bulat di atas baking paper...terpulang nak bentukkan kecik atau besar. Bakar pada suhu 170, sehingga meringue berwarna keemasan dan sedikit merekah. Pastu biarkan sejuk seketika baru dikeluarkan dari oven.

Bila nak makan, baru la dipaipkan cream ke atasnya dan dihiasi dengan buah-buahan yang digemari.

Selamat mencuba.
 

January 17, 2013

I'm back...

Assalamualaikum...

Alhamdulillahh...

Syukurrrr...happy sangat petang ni...tak leh nak digambarkan dengan kata-kata, atau pun body language...hanya senyum sampai ke telinga, banyak dapat pahala sedekah senyum petang ni...haaa...camtu sekali...
Lamanya tak update blog, rindu serindu rindunya dengan blogku yang tak seberapa ini. Banyak cerita, banyak gambar nak dikongsi pada teman-teman yang sudi menjengok. Ada jugak yang bertanya, kenapa lama menyepi...sebab musababnya biar lah rahsia antara kita....haaa...gitew...

Untuk hidangan minum petang ni, sila lah menjamu mata dengan cupcake yang comei2 dan kiut miut ni daripada Wondermilk. Ini tuan blog dapat free jer ni, orang belanja...kalau harap sendiri nak beli, idok ler...buat sendiri cukup ler...

Featured Post

Surabaya - Day 2 - Bromo Tengger Semeru

Assalamualaikum - sambungan kisah permusafiran kami dari Surabaya ke Bromo. Alhamdulillah...selamat sampai ke Probolinggo pada jam 2 pa...